• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Individu Dipercayai Rancang Serangan

oleh Ahmad Albab
13/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan beberapa individu di Kelantan dipercayai terlibat merancang melakukan serangan di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan perkara berkenaan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Memang ada tangkapan dibuat dan mempunyai kaitan dengan usaha mereka (suspek) melakukan serangan di sasaran tertentu,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai tangkapan melibatkan pelajar sekolah yang dipercayai memiliki dan mempunyai kemahiran menghasilkan bahan letupan di Kelantan.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata sebanyak 27 laporan polis telah diterima sebagai bantahan kepada perhimpunan ‘Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ yang dirancang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya esok.

Katanya, pihaknya tetap tidak membenarkan perhimpunan berkenaan meskipun Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memberi kebenaran.

“Kami tidak setuju perhimpunan di situ walaupun MBPJ telah beri kebenaran kepada penganjur berhimpun kerana mengambil kira pelbagai faktor antaranya kesesakan lalu lintas,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai dua anggota polis trafik yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di KM 139 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan semalam beliau berkata pihaknya akan mengkaji punca sebenar kejadian.

“Saya telah arahkan Ketua Polis Terengganu (Datuk Aidi Ismail) melihat perkara ini secara terperinci agar ia tidak berulang. Mungkin dari segi perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) ada kelemahan,” katanya.

Dalam kejadian pada 2.55 petang semalam, SM Abdul Hakim Samingan, 54, dan Kpl I. Suresh, 36, maut di tempat kejadian setelah dirempuh sebuah lori jenis Kia yang memasuki laluan konvoi yang disertai dua mangsa terbabit.

Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Arcyl Sani Abdullah Sani menggantikan Pengarah StaRT selepas Datuk Seri Abd Manan Mhd Hassan bersara wajib semalam setelah berkhidmat hampir 41 tahun dalam pasukan polis.

Sementara itu, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang pada masa ini masih memegang jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dilantik sebagai Pengarah JSJK yang baharu.

Jawatan baharu Acryl Sani dan Amar Singh akan berkuat kuasa 9 Nov ini. – BERNAMA

Tags: polisserangan keganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd