• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Lelaki ‘Geng Highway’ Samun

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis menahan tiga lelaki ‘Geng Highway’ dan memburu seorang lagi anggota geng itu kerana terlibat dalam kejadian samun di kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) Plaza Tol, Sungai Dua di Butterworth dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata tiga lelaki berusia 24 hingga 28 tahun itu ditahan sepasukan polis menerusi Op Cantas pada 9 Oktober lepas di kawasan Sungai Lokan, Butterworth.

“Berdasarkan siasatan geng itu terlibat sekurang-kurangnya tujuh kes samun di kawasan R&R berkenaan dan modus operandi mereka ialah dengan menaiki motosikal dan menghampiri kereta yang berhenti berehat atau tidur di kawasan tersebut sebelum bertindak memecahkan cermin kenderaan mangsa.

“Mereka memecahkan cermin menggunakan palam pencucuh yang telah diubah suai sebelum mengambil beg tangan, beg serta barangan berharga milik mangsa dan kemudian melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan tiga lelaki itu polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil samun kumpulan itu bernilai RM50,000 antaranya tujuh komputer riba, dokumen peribadi dan pakaian serta peralatan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Noorzainy berkata siasatan mendapati tiga lelaki itu mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah dan usaha mengesan seorang lagi anggota geng itu berusia 20 tahun giat dijalankan.

Dalam pada itu, beliau berkata polis berjaya menyelesaikan enam kes pecah pejabat yang dilakukan oleh ‘Geng Siling’selepas menahan dua penagih dadah berusia 31 dan 34 tahun dalam serbuan di Butterworth pada 4 Okt lepas.

“Dua lelaki itu memecah masuk pejabat di sekitar daerah ini dan mencuri barang berharga serta wang tunai. Barang-barang tersebut dijual dan duit yang diperoleh digunakan untuk membeli dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd