• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Tubuh Unit Pelancong Berbasikal

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka melancarkan unit polis pelancong berbasikal bagi menjaga keselamatan pengunjung di tempat tumpuan pelancong di sekitar negeri ini khususnya di Melaka Tengah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata seramai 20 anggota polis pelancong akan ditugaskan membuat rondaan di beberapa tempat tumpuan orang ramai antaranya di Jonker Walk, kota A Famosa dan sekitar Menara Taming Sari.

“Diharap dengan kehadiran unit ini nanti, pelancong dan orang ramai akan rasa keselamatan mereka lebih terjamin sesuai dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Melaka sebagai negeri yang paling selamat didiami dan dilawati,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka hari ini.

Beliau sebelum itu menerima 20 unit basikal sumbangan Syarikat OFO bagi tujuan rondaan sekitar tempat tumpuan pelancong di negeri ini.

Beliau berkata tumpuan rondaan adalah pada hari cuti umum dan cuti sekolah, bermula daripada pondok polis pelancong di Jonker Walk ke kawasan sekitarnya.

Abdul Jalil berkata berdasarkan statistik, pada awal Januari 2017 hingga 23 Oktober 2017, indeks jenayah di negeri ini berkurangan -16 peratus iaitu daripada 2,890 kes pada 2016 kepada 2,439 kes tahun ini.

“Kebanyakan kes melibatkan kes ragut dan curi motosikal berlaku di sekitar Melaka Tengah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata walaupun kes remaja keluar lewat malam secara berkumpulan menaiki basikal lajak (basikal yang diubah suai) di negeri ini terkawal, pihaknya tetap memandang serius perkara tersebut.

“Di Melaka kita mengunakan kaedah memberi bimbingan dan nasihat kepada ibu bapa agar mereka mengambil tahu dan mengawal pergerakan anak mereka selepas 12 tengah malam.

“Remaja yang ditahan akan dibawa ke balai untuk ujian air kencing sebelum ibu bapa mereka dipanggil untuk diberi nasihat,” katanya.

Beliau berkata aktiviti tersebut bukan hanya bahaya pada diri sendiri tetapi turut berbahaya kepada pengguna jalan raya lain. – BERNAMA

Tags: basikal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Terharu, Gembira Rumah Dibaik Pulih TNB

Next Post

293 Kes Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Related Posts

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Basikal Langgar Lori Sampah

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Basikal Langgar Lori Sampah

08/07/2023
0

Seremban : Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas basikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar tayar belakang sebuah lori sampah di Taman Pinggiran...

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

13/08/2022
0

SEREMBAN - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini membenarkan semua jenis basikal dibawa masuk ke dalam pengangkutan itu secara percuma...

Next Post

293 Kes Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd