• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Rampas Heroin RM430,000

oleh Ahmad Albab
02/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas dadah jenis heroin bernilai RM430,000 yang disembunyikan dalam satu sangkar burung di sebuah rumah di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Pasir Mas pada Khamis.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata polis turut menahan pemilik rumah berkenaan, seorang lelaki berusia 56 tahun, untuk siasatan.

Beliau berkata serbuan 6.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas selepas menerima maklumat serta risikan.

“Pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek, yang terletak berhampiran dengan Sungai Golok, menemukan sejumlah 215 botol lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin yang disembunyikan dalam sangkar burung,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Lelaki berkenaan menafikan dadah itu miliknya dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod berkaitan dadah, katanya.

Hasanuddin berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk bagaimana dadah itu boleh berada di kawasan rumah suspek, yang kini direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata dadah berkenaan dipercayai untuk bekalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan jumlah dadah itu boleh memenuhi bekalan untuk 75,000 penagih dadah.

Sementara itu, beliau berkata polis sedang mengesan sepasang suami isteri berusia 38 dan 33 tahun bagi membantu siasatan berkaitan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM45,000 di sebuah rumah di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada 20 Sept lepas. – BERNAMA

Tags: heroin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amaran Ribut Petir Di Perairan Sarawak – MET

Next Post

RUU Profesion Kerja Sosial Bakal Dibentang – TPM

Related Posts

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar 21kg Heroin

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar 21kg Heroin

13/05/2024
1

Taiping : Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar 21.03...

Polis Kedah Tumpas Kegiatan Edar Syabu, Heroin Bernilai RM214,288

Polis Kedah Tumpas Kegiatan Edar Syabu, Heroin Bernilai RM214,288

20/04/2023
0

Alor Setar : Polis Kedah menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM214,288 dalam dua serbuan berasingan pada...

Next Post

RUU Profesion Kerja Sosial Bakal Dibentang - TPM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd