Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Ular Tedung 10Kg Sorok...

“KETIKA membuka pintu kedai untuk memulakan perniagaan, saya terkejut melihat kelibat ular tedung...

Gangguan Sistem KLIA, Beberapa...

SEPANG - Beberapa penerbangan ditangguhkan selepas kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

VIDEO: Pandangan Ustaz Kenapa...

Nampaknya dalam isu Menteri Besar Selangor yang sedang hangat menjadi topik perbualan politik...

Politeknik Ubah Isi Kursus...

TANJUNG MALIM - Semua politeknik diminta mengubah kandungan kursus yang ditawarkan kepada pelajar...

Polis Gagalkan Cubaan Curi Kerbau

SEREMBAN – Polis menggagalkan cubaan dua lelaki mencuri dua ekor kerbau dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Taman Happy di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian jam 5.20 pagi itu disedari polis peronda lebuh raya sebelum bertindak mengejar suspek selepas dilihat mencurigakan di Kilometer 263 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Senawang sebelum mengekorinya.

“Kenderaan jenis Mitsubishi Grandis itu telah keluar di Plaza Tol Port Dickson arah selatan menghala ke Jalan Rasah dan didapati telah memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran Taman Happy, Jalan Rasah di sini dan gagal dikesan,” katanya kepada media di sini hari ini.

Sulizmie Affendy juga berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihaknya ke atas kenderaan terbabit telah menjumpai dua ekor kerbau di bahagian tempat duduk penumpang belakang dipercayai dicuri.


“Hasil semakan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek adalah palsu.

“Kenderaan itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan dua ekor kerbau itu diserahkan kepada Jabatan Veterinar Seremban untuk dijaga sementara kes masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, usaha menjejaki dan menangkap suspek sedang dilakukan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori