• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Dubai Guna Motosikal Terbang Kejar Penjenayah

oleh
21/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Sekali pandang bagaikan lagak aksi dalam filem fiksyen sains namun polis Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak pernah berhenti membuat sensasi sehingga menjadi bahan berita.

Sebelum ini pasukan polis di negara Teluk Parsi yang kaya minyak itu menggemparkan dunia apabila menggunakan pelbagai model kereta lumba mewah termasuk Bugatti Veyron sebagai jentera peronda khususnya di lebuh raya.

Namun kini polis wilayah Dubai dilaporkan menggunakan sejenis motosikal terbang sekali gus menyaksikan barisan kenderaan pasukan tersebut lebih canggih berbanding penggunaan motosikal berkuasa tinggi yang sedia ada.

Dengan jentera baharunya tersebut, kumpulan penjenayah di UAE terutama di Dubai yang merupakan bandar raya terbesar negara itu, mungkin perlu berfikir dua kali sebelum mahu menjalankan aksi jahat mereka di jalanan.

Armada terkini polis berkenaan adalah sejenis hoverbike iaitu gabungan motosikal dan helikopter mini seperti jentera Speeder Bike yang lazim digunakan oleh Jedi dan dapat disaksikan dalam filem epik trilogi Star Wars.

Baca: Dubai Miliki Kereta Polis Terpantas Di Dunia

Menurut portal antarabangsa The Vocket, hoverbike tersebut dengan pelekat lambang polis Dubai sebenarnya tengah diuji namun ia mampu terbang sehingga ketinggian hampir lima meter dari atas permukaan tanah.

Lebih menariknya, motosikal terbang ini dapat dikawal dari jarak jauh seumpama sebuah drone dengan memiliki jangkauan hingga enam kilometer sekiranya melibatkan operasi keselamatan di kawasan yang berisiko tinggi.

Tiada butiran mengenai jentera tersebut namun portal BBC melaporkan ada sebuah firma di Los Angeles, Amerika Syarikat pernah menghasilkan hoverbike itu pada 2014 yang mampu bergerak dengan kelajuan 72 kilometer sejam.

Kenderaan istimewa berkenaan menjadi tular setelah rakaman video pasukan polis Dubai berdurasi 45 saat itu dimuat naik menerusi laman YouTube memaparkan seorang anggota menguji salah satu unit jentera berkenaan.

Dalam rakaman eksklusif tersebut yang sudah ditonton lebih dua juta kali, anggota berkenaan dengan berpakaian serba hitam kelihatan berhati-hati menunggang hoverbike sebelum terbang ke udara di satu kawasan lapang.

Hoverbike dikatakan lebih sesuai digunakan pihak polis dalam operasi yang sukar dilakukan dengan kereta atau motosikal disebabkan masalah kesesakan lalu lintas atau kedudukan geografi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: dubaiUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Rusia yang sebelum ini dilaporkan hilang pada Oktober lalu ditemui mati dalam keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd