• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru 2 Lelaki Rompak 2 Hotel Di Sandakan

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di dua hotel di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata kes pertama berlaku di sebuah hotel di Bandar Utama pada 2.05 pagi semasa dua pekerja sedang berada di kaunter hotel.

Katanya tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki yang memakai jaket serta seluar gelap dan bertopi keledar.

Beliau berkata seorang daripadanya mengacukan sebilah pisau pada kedua-dua mangsa manakala rakannya mengeluarkan sepucuk pistol dan terus meminta wang daripada mangsa.

Menurutnya mangsa yang ketakutan terus mengeluarkan wang tunai dari laci kaunter sebanyak RM454 dan menyerahkannya kepada kedua-dua lelaki tersebut yang kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Mohd Azhar berkata kejadian kedua berlaku pada 3.13 pagi di sebuah hotel di Bandar Kim Fung juga dilakukan dua lelaki bersenjatakan parang dan sepucuk pistol.

Katanya suspek melarikan wang tunai RM810 dan sebuah telefon bimbit daripada dua pekerja hotel itu.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil untuk membantu siasatan pihak polis bagi mengesan suspek yang terlibat.

Katanya pihak polis juga menasihatkan orang ramai jangan membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan ketenteraman awam di daerah ini.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

Tags: ACP Mohd Azhar Hamin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sandakan Rampas 55g Syabu, Tahan 5 Individu

06/10/2017
0

SANDAKAN - Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah susulan penemuan 55 gram syabu...

Sebutir Bom Lama Ditemukan Di Tapak Binaan

29/07/2017
0

SANDAKAN - Sebutir bom lama ditemukan di tapak pembinaan jalan raya bersebelahan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan di Jalan Kem Tentera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd