• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pil Ekstasi Lebih Setengah Juta Ringgit Dirampas

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor membongkar kegiatan sekumpulan empat individu yang menjadikan sebuah rumah teres di sini sebagai gudang simpanan pil ekstasi dengan tertangkapnya kesemua mereka di sini, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Kamarudin Md Din berkata kesemua suspek berusia antara 26 dan 39 tahun dengan dua daripadanya merupakan seorang wanita dan lelaki warga Indonesia.

Penahanan mereka dibuat pada pukul 1.50 pagi di sebuah bilik hotel bajet di Setia Tropika, Kempas di sini yang kemudian membawa pemeriksaan polis terhadap sebuah rumah teres di Taman Sinaran, juga di Kempas.

Katanya, di rumah itu, polis menemukan sejumlah 19,970 pil ekstasi seberat 5.6 kg bernilai kira-kira RM599,100 yang disembunyikan di sebuah bilik di rumah berkenaan, selain turut menjumpai wang tunai RM1,000.

“Kita percaya rumah ini dijadikan sebagai stor simpanan sebelum pil dijual di pasaran Johor Baharu terutama di pusat-pusat hiburan.

“Kita juga yakin pil ini dihasilkan dalam negeri ini dan tempoh kegiatan pula berlaku sejak tiga bulan lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta positif methamphetamine.

Kesemua suspek telah ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

“Ini merupakan antara tangkapan terbesar yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor pada tahun ini dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan sama ada masih terdapat anggota-anggota lain dalam kumpulan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ditahanPil Ekstasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd