• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Kedah Umum Senarai Jawatankuasa

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pakatan Harapan yang menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR mengumumkan barisan kepimpinan jawatankuasa gabungan itu di Kedah malam tadi.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Rapat Umum Selamatkan Malaysia dan Kenduri Rakyat gabungan empat parti pembangkang itu di sini.

Pengerusi Pakatan Harapan Kedah disandang Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir manakala jawatan Timbalan Pengerusi disandang Anggota Parlimen Kuala Kedah daripada PKR Dr Azman Ismail, Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dan Pengerusi DAP Kedah Tan Kok Yew.

Selain itu, Ketua Sekretariat pula ialah Dr Abdul Rahman Ahmad daripada Amanah, Setiausaha PPBM Kedah Datuk Abdul Aziz Mahmud (Bendahari), Ketua Pemuda Amanah Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris (Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah) dan Ketua Wanita PKR Kedah Nurin Aina Abdullah (Ketua Wanita Pakatan Harapan Kedah).

Timbalan Pengerusi PPBM Kedah Mejar (B) Anuar Abdul Hamid menyandang jawatan Pengarah Penerangan manakala Timbalan Pengerusi Amanah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi pula Pengarah Pilihan Raya.

Lima anggota jawatankuasa ialah Gooi Hsiao Leung (PKR), G. Karunagaran (DAP), Dr R. Krishnamoorthy (PKR), Aris Awang (Amanah) dan Beh Poh Kheng (DAP). – BERNAMA

Tags: JAWATANKUASApakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis, Gabung Manifesto Parti Kerajaan

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis, Gabung Manifesto Parti Kerajaan

20/12/2022
0

Apabila sebuah kerajaan dibentuk selepas pilihan raya, rakyat mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat pihak yang terbabit memenuhi manifesto pilihan...

Johor Tubuh Jawatankuasa Pemandu Modal Insan

Johor Tubuh Jawatankuasa Pemandu Modal Insan

15/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor bagi menambah baik, sekali gus mengatasi permasalahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd