• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Bina Asrama Harian Untuk SK Balambangan

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Petronas akan membina sebuah Asrama Harian Luar Bandar di Pulau Balambangan sebagai satu daripada projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu bagi meningkatkan mutu pendidikan pelajar di pulau berkenaan.

Selain blok bangunan asrama lelaki dan perempuan, asrama yang akan dibina bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Balambangan, di atas tapak seluas satu hektar itu juga akan dilengkapi dengan dewan makan, surau dan tandas.

Tender bagi pembinaan asrama berkenaan akan dikeluarkan bulan ini manakala pemberian kontrak kepada kontraktor yang berjaya akan dibuat pada bulan Februari tahun hadapan.

Kerja pembinaan asrama harian untuk SK Balambangan iaitu satu-satunya sekolah yang terdapat di Pulau Balambangan, dan wujud sejak tahun 1980-an, dijangka dimulakan pada bulan Mac 2018 dan dijadualkan siap pada Ogos 2019.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas Datuk Raina Azni Abdul Rahman berkata pendidikan mampu memperkasakan individu untuk meningkatkan taraf hidup dan memberikan sumbangan yang bermakna ke arah perkembangan dan kemakmuran komuniti mereka dan kepada negara.

“Atas kesedaran ini, Petronas telah membangunkan pendekatan menyeluruh terhadap pelaburan sosial korporatnya dalam pendidikan,” katanya sempena program lawatan media ke SK Balambangan di sini hari ini.

Raina Azni berkata Petronas mengadakan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak di peringkat pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi dengan matlamat untuk membentuk individu serba boleh dengan menyediakan akses kepada pendidikan dan mempromosi perasaan cinta kepada ilmu pengetahuan.

“Asrama Harian Luar Bandar yang terletak di kawasan terpencil di Pulau Balambangan direka bentuk sedemikian rupa untuk menyediakan pelajar dengan persekitaran pendidikan kondusif. Saya berharap para pelajar akan terdorong untuk bekerja keras dalam pelajaran mereka apabila kemudahan itu siap kelak,” katanya.

Ketika menyelami kesukaran yang terpaksa dihadapi pelajar SK Balambangan di pulau terpencil itu setiap hari semata-mata untuk menuntut ilmu, beliau berkata kemudahan asrama itu amat diperlukan dan amat dinantikan oleh penduduk di pulau itu.

Seseorang memerlukan dua hingga tiga jam perjalanan bersesak-sesak menaiki bot dari tanah besar Kudat untuk ke sekolah di pulau itu dan ada pelajar yang terpaksa berjalan kaki, naik turun bukit selama dua jam melalui denai dan hutan.

“Pukul 5 pagi, saya sudah berjalan dari rumah dengan rakan-rakan menggunakan lampu suluh. Kami memakai selipar sahaja untuk mengelak kasut kotor. Bagaimanapun, kadang-kadang dalam perjalanan ke sekolah, baju sekolah kami terkena kotoran juga,” kata Haryadi Seruji, pelajar Tahun 4 sekolah itu.

Bercita-cita menjadi seorang doktor, Haryadi yang berasal dari Kampung Kok Simpul, satu daripada tiga buah kampung di pulau yang dihuni kira-kira 500 penduduk bagaimanapun berkata apabila musim hujan dia tidak dapat pergi ke sekolah.

Sabilah Akmadi, pelajar Tahun 6 dari Kampung Batu Siri pula berkata, menjadi perkara biasa mereka bersesak di atas sebuah bot yang membawa sehingga 20 pelajar pada satu-satu masa ke sekolah setiap pagi dan biasanya perjalanan mengambil masa sehingga 45 minit bergantung kepada keadaan cuaca.

Sementara itu, Guru Besar SK Balambangan, Jeli Asangin berkata pihaknya amat berterima kasih dengan Petronas dan kerajaan kerana membina kemudahan seperti itu yang sudah tentu akan meningkatkan purata kehadiran harian pelajar ke sekolah yang kini cuma sekitar 40 peratus.

“Kami telah membuktikan sebelum ini, sekiranya pelajar diberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta diberikan bimbingan secara intensif, pelajar mampu memperoleh pencapaian lebih baik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang akan menduduki UPSR dikumpul di sekolah beberapa bulan. Kosnya ditanggung hasil kutipan yang dibuat dalam kalangan guru-guru,” katanya. – BERNAMA

Tags: petronas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JKKK Diminta Aktif Beri Maklumat Tepat Kerajaan BN

Next Post

Polis Akan Perluas Penggunaan SMART Lokap

Related Posts

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

22/05/2025
0

KUCHING: Notis tuntutan kerajaan Sarawak terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tidak terbatal secara automatik susulan deklarasi yang ditandatangani bersama Kerajaan...

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

23/04/2025
2

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengesan aktiviti pencerobohan di kawasan jajaran laluan paip gas milik PETRONAS di dua kawasan di Pendang....

Next Post

Polis Akan Perluas Penggunaan SMART Lokap

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd