• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Makanan & Minuman Jerman Kena Patuhi Syarat

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang minggu depan boleh dibenarkan asalkan telah menepati syarat dan peraturan yang ditetapkan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sebelum ini pihaknya membenarkan program yang sama dijalankan kerana penganjur telah memenuhi syarat dan peraturan ditetapkan termasuk yang digariskan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Kita dah bagi approval awal lagi…bukan sahaja tahun ini tetapi tahun-tahun sebelumnya juga. Namun, approval itu diberi apabila penganjur mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Wanita Berdaya Saing (IWB) dan Dasar Wanita Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penganjuran pesta yang dinamakan ‘Centro German F&B Party’, yang turut menyediakan minuman keras atau arak, dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Oktober ini.

Pada Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan penganjuran pesta itu ekoran wujud ancaman militan berkaitan acara berkenaan.

Mohamad Fuzi berkata pihaknya pada masa sama turut menasihatkan MPK untuk tidak membenarkan penganjuran acara itu berlangsung di kawasan di bawah penyeliaannya.

Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin pula mengakui pihaknya menangguhkan kelulusan permit sementara penganjuran pesta itu berikutan kegagalan penganjur mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Mohamad Yasid berkata antara syarat utama kelulusan pengeluaran permit tersebut ialah pihak penganjur perlu mendapat pengesahan dan kebenaran daripada pihak polis. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran PN berkuat kuasa serta-merta sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri...

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd