• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawah Beli Benih Boleh Dapatkan Bayaran Balik

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pesawah yang membuat pembelian benih padi sah di pintu kilang pengeluar benih padi yang dilantik pada harga melebihi RM28/beg kini boleh mendapatkan bayaran balik dengan mengemukakan resit pembelian.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata bayaran balik berkenaan adalah menerusi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) yang diwujudkan kerajaan dengan peruntukan RM75 juta bagi membantu pesawah mengurangkan kos pengeluaran padi serta menggalakkan mereka menggunakan benih padi sah yang berkualiti, bermutu tinggi, rintang penyakit dan mengurangkan padi angin.

“Kos pengeluaran benih padi adalah sebanyak RM2.43 sekilogram (kg). Kerajaan telah memberikan subsidi bagi benih padi sah dengan harga jualan sebanyak RM1.40/kg di pintu kilang (RM28/beg). Insentif kepada pengeluar benih padi sah pula adalah sebanyak RM1.03/kg (RM20.60/beg).

“Oleh yang demikian, mana-mana petani yang telah membuat pembelian benih padi sah di pintu kilang pengeluar benih padi sah yang dilantik pada harga melebihi RM28/beg, kecuali bagi benih padi varieti MR220 CL2, maka pesawah berkenaan boleh mendapatkan bayaran balik dengan mengemukakan resit pembelian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, bagi tahun 2017 sehingga 2019, terdapat sembilan pengeluar benih padi sah yang dilantik secara tender terbuka yang mana kriteria pemilihan adalah berdasarkan kemampuan/kapasiti loji memproses benih padi, sumber manusia syarikat untuk penyeliaan ladang dan penilaian kewangan.

Katanya setiap tahun, keperluan benih padi sah adalah sebanyak 80,000 tan metrik dengan mengambil kira sekiranya berlaku apa-apa bencana. Bagaimanapun, keperluan sebenar benih padi adalah berjumlah 72,000 tan metrik (RM75 juta).

Ismail berkata program IBPS ialah tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan pesawah.

Jelas beliau, contoh kadar tuntutan yang boleh dibuat oleh pesawah ialah:

A: Harga benih padi sah dengan subsidi di pintu kilang RM28
B: Harga benih padi sah tanpa subsidi di pintu kilang RM48.60
C. Jumlah tuntutan yang boleh dituntut oleh pesawah B-A = RM20.60

– BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ismail Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fokus Pembersihan Sektor Awam Daripada Rasuah

11/10/2018
0

PUTRAJAYA - Fokus pembersihan sektor perkhidmatan awam yang dilaksanakan adalah bagi memastikan penjawat awam sentiasa mengamalkan prinsip integriti dan tadbir...

KSN Tolak Tuduhan SPA Sabotaj Kerajaan PH

11/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar menafikan dakwaan kononnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mensabotaj pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd