• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesanan Raja-Raja Melayu Hubungan Kebersamaan Akrab

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keprihatinan Raja-Raja Melayu yang memandang berat isu perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini, harus diterjemahkan kepada hubungan kebersamaan yang lebih akrab antara satu sama lain.

Bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata rakyat negara ini perlu mengelakkan isu-isu sensitif yang boleh merosakkan dan mengganggu-gugat kebersamaan antara kaum, yang akan menyebabkannya rapuh jika tidak dipelihara dengan baik.

“Jelas, mesej yang cuba disampaikan Raja-Raja Melayu adalah pentingnya hubungan antara kaum, etnik dalam masyarakat yang demokrasi itu perlu dijaga. Jika ada perkara yang sensitif antara Islam dan bukan Islam, cuba selesaikan dengan baik.

“Pendapat dan kebijaksanaan Raja-Raja Melayu ini perlu difahami,” katanya kepada Bernama hari ini sebagai mengulas kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu pada Selasa yang memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad itu rakyat wajib memahami dan menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan persefahaman bahawa negara ini adalah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.

Ismail berkata jika ada perbezaan daripada sudut budaya, makanan, halal haram dan perkara-perkara yang berkaitan, masyarakat seharusnya tidak mudah membuat andaian tanpa usul periksa yang boleh menjejaskan hubungan kebersamaan dan perpaduan yang terbentuk selama ini.

Sementara itu, Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz menyifatkan, setiap individu dan anggota masyarakat bertanggungjawab mentaati teguran yang dinyatakan Majlis Raja-Raja Melayu itu.

“Apa yang disuarakan menggambarkan keprihatinan Raja-Raja Melayu terhadap rakyat di negara ini dan membuktikan Majlis Raja-Raja tegas dalam menangani hal berkaitan perpaduan dan kita juga harapkan kenyataan sebegini sentiasa diulang.

“Adalah menjadi hasrat dan harapan saya serta rakyat untuk sentiasa mendapat teguran daripada pihak institusi diraja dalam pelbagai hal demi memakmurkan negara dan mengekalkan perpaduan yang kita telah bentuk selama ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Ismail IbrahimRaja-Raja Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Amat Dukacita, Hadi Hina Raja-Raja Melayu

Sultan Selangor Amat Dukacita, Hadi Hina Raja-Raja Melayu

29/02/2024
0

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang...

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

30/11/2022
0

Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat Malaysia. Ikuti Mynewshub: Telegram Yang di-Pertuan Besar Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd