• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Siling RM192.5 Juta Bina Jambatan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hari ini meluluskan peruntukan siling berjumlah RM192.5 juta untuk membina jalan dan jambatan dari Kampung Labu, Jerantut dekat sini ke Kampung Gemunchor dan Kampung Mela di sini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jalan dan jambatan baharu itu yang melalui Kampung Batu Balak di Jerantut melibatkan sembilan buah jambatan dan buat permulaan, melibatkan jarak sejauh 15 kilometer.

“Tender bagi projek ini akan tutup pada 20 Okt ini dan baharu perincian tepat akan dimuktamadkan. Namun kita percaya kerjanya boleh dimulakan awal tahun hadapan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu Ismail Sabri melawat jambatan konkrit yang menyemberangi Sungai Jelai di Kampung Gemunchor, Mukim Cheka 1 di sini, yang siap dibina pada 30 Nov 2015 dengan kos sebanyak RM14.58 juta.

Jambatan baharu itu menggantikan jambatan asal yang diperbuat daripada kayu balak, yang menjadi laluan pilihan penduduk kampung itu untuk ke Jerantut kerana jarak perjalanannya yang lebih singkat.

Selain itu, Ismail Sabri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membaiki jalan masuk ke Kampung Gemunchor di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Beliau...

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd