• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertimbang Wajibkan Program Keusahawan Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Pendidikan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan program modul keusahawanan di peringkat sekolah menengah, kata Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata cadangan yang disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Taj (TIC), Tina Tajuddin itu diyakini mampu membantu meningkatkan minat pelajar terhadap bidang keusahawanan.

“Kementerian akan melihat bagaimana kita boleh melaksanakannya kerana proses pelaksanaan untuk mewajibkan apa-apa mata pelajaran akan mengambil masa tetapi hasrat itu dapat membantu meningkatkan minat terhadap bidang keusahawanan.

“Kementerian Pendidikan sentiasa terbuka untuk menerima apa juga cadangan daripada mana-mana pihak yang dapat membantu masa depan anak bangsa kita, itu yang penting bagi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Universiti-Industri Program Jelajah Kesedaran 2u2i ke Sekolah Peringkat Negeri di TIC di sini, hari ini.

Sementara itu, Tina berkata cadangan tersebut diberikan supaya dapat membantu melahirkan pelajar yang bukan sahaja holistik dan seimbang dalam pendidikan malah mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

“Kenapa kita usulkan ini kerana ada dalam kalangan agensi seperti Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) turut memberi geran perniagaan kepada mereka seawal usia 16 tahun dan sudah pasti wujud nilai tambah kepada pelajar-pelajar itu.

“Jadi bagi saya perlu ada gerakan untuk membawa semangat atau budaya keusahawanan ini di peringkat sekolah supaya nanti apa yang kita laungkan mencipta kerja itu berhasil,” katanya.

Tambahnya sekiranya bidang keusahawanan hanya mula didedahkan di peringkat universiti ia dikhuatiri sudah terlambat.

Program Jelajah Kesedaran 2u2i yang dijalankan selama 13 hari anjuran TIC ini, dijangka dapat memberi pendedahan kepada lebih 5,000 pelajar untuk memilih bidang pembelajaran melalui khidmat nasihat dan panduan yang diberikan. – BERNAMA

Tags: pelajarusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd