• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persiapan Kem Akuatik Tak Terjejas Ekoran Kontroversi

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kem akuatik negara tidak terjejas meskipun dilanda dua kontroversi serentak menjelang persiapan atlet ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada April tahun depan.

Hari ini mereka digegarkan dengan berita penahanan seorang jurulatih mereka yang didakwa merogol atlet di bawah program Kita Juara.

Ini diikuti laporan seorang atlet terjun yang juga pemegang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dilaporkan gagal ujian doping.

Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chan ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung dua isu berkenaan.

“Ini kes (rogol) polis. Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan kerana ia boleh mengganggu siasatan. Sehingga kes selesai, baru kami dedahkan.

“Bagi kes doping pula, ia akan mengambil masa yang panjang. Sehingga itu atlet terbabit akan meneruskan latihan dan terlibat sama dalam proses pemilihan ke Sukan Komanwel,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan Komanwel.

Mae Chan menegaskan kes-kes tersebut tidak akan menjejaskan proses pemilihan atlet akuatik negara ke Gold Coast.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata penganjur Sukan Komanwel 2018 menambah kuota penyertaan bagi acara terjun individu dan seirama di mana 13 slot diberikan kepada Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, tujuh adalah bagi atlet lelaki dan enam adalah bagi atlet wanita manakala bagi acara renang, hanya empat penyertaan dibenarkan.

Ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham berkata beliau kecewa dengan jumlah kuota yang diberikan.

“Maksimum hanya empat atlet dan sudah tentu saya mahu bawa lebih tetapi ini realitinya, bukan kesalahan Majlis Olimpik Malaysia (OCM). Ia berupa keputusan Jawatankuasa Komanwel, jadi kita perlu ikut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kem akuatik negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd