• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peroleh, Subahat Unit Saham, Suami Isteri Didakwa

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri masing-masing mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan memperoleh dan bersubahat berhubung 851,600 unit saham bernilai RM2.2 juta, pada 2006.

Bekas Ketua Ekuiti Maybank Investment, Goh Keng Huat, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hasbullah Adam, Hakim Azman Ahmad dan Hakim Syed Faisal Syed Amir.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesepuluh, Goh didakwa memperoleh 851,600 unit saham Road Builder (M) Holdings Berhad melalui akaun Sistem Depositori Pusat milik isterinya, Wee Siew Ling, 45, yang mempunyai maklumat berkaitan cadangan untuk IJM Corporation Berhad mengambil alih syarikat Road Builder dan mengetahui bahawa maklumat itu tidak boleh didapati secara umum kerana dipercayai mempunyai kesan material ke atas nilai atau harga saham tersebut.

Bapa dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini antara 4 September dan 16 Oktober 2006.

Dia yang memakai baju-T hitam didakwa mengikut Seksyen 89E(2)(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 89E(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1 juta dan penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Wee didakwa bersubahat dengan suaminya, Goh melakukan kesemua kesalahan tersebut pada tempat dan tarikh yang sama.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 122C(c) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 89E(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1 juta dan penjara sehingga 10 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V. Shoba dan Pegawai Pendakwa, Ng Chian Huey dari Suruhanjaya Sekuriti mencadangkan jaminan masing-masing RM700,000 dengan dua penjamin bagi setiap tertuduh.

“Pihak pendakwaan memohon jaminan dengan jumlah tinggi berikutan kedua-dua tertuduh kini menetap di Melbourne, Australia dan dikhuatiri mereka tidak hadir ke mahkamah kerana mereka baru sahaja dapat ditangkap dua hari lalu di Singapura selepas waran tangkap dikeluarkan pada Disember 2015,” kata Shoba.

Bagaimanapun, peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili pasangan itu merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah selain menguruskan sebuah kafe di Australia.

Pasangan suami isteri itu dibenarkan diikat jamin masing-masing RM500,000 dengan dua penjamin warganegara tempatan dan 6 Disember ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh membayar jaminan tersebut. – BERNAMA

Tags: Suami Isterisubahat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd