Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Izzue Islam Tidak Kisah...

VOKALIS kumpulan Forteen, Izzue Islam mengakui langsung tidak kisah dikawal isteri yang juga...

Sejam Celup Tangan Dalam...

Zhejiang (China) - Nasib malang menimpa seorang lelaki selepas lengannya tersangkut ketika cuba...

Pembangunan Jeti Kuala Pahang...

PEKAN - Mereka yang pertama kali tiba di perkampungan nelayan Kuala Pahang di...

Rakyat Malaysia Lebih Banyak...

KUALA LUMPUR - Kaji selidik terbaharu Juwai IQI mengenai Covid-19 mendapati 57 peratus...

Bisnes Perlu Sumber Terbuka Transformasi Digital Maju

KUALA LUMPUR – Lebih banyak perniagaan di Malaysia dan di rantau ini perlu dibina dengan pelaksanaan dan strategi transformasi digital yang maju untuk memenuhi permintaan perniagaan yang sentiasa berubah, dengan sumber terbuka dilihat sebagai pilihan bagi tujuan itu.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Red Hat ASEAN, Damien Wong berkata inovasi tambahan tidak mencukupi, berikutan perniagaan perlu membuat pembaharuan secara berterusan melalui pembangunan yang pesat dan operasi yang moden.

“Sumber terbuka, aplikasi industri dengan konsep ‘try, learn and modify’, mewujudkan persekitaran yang memperkasakan kepada individu.

“Penting untuk diguna pakai susulan peratusan perusahaan dengan pelaksanaan dan strategi transformasi digital yang maju akan melebihi dua kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya pada taklimat media Red Hat Forum Kuala Lumpur 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata perniagaan yang belajar membina struktur tersebut dan budaya bagi individu untuk bekerjasama, belajar bersama dan maju ke hadapan, merupakan mereka yang berjaya dalam landskap yang sentiasa berubah hari ini.

Menjelaskan kelemahan dan cabaran semasa yang dihadapi, Damien berkata setiap organisasi mempunyai pelbagai keperluan dan halangan yang tersendiri, seperti merangka strategi awan mereka, membina dan menyampaikan aplikasi baharu dengan lebih cepat, dan membawa teknologi maklumat (IT) yang sedia ada sentiasa dipertingkatkan.


“Setakat ini, perniagaan Malaysia yang menggunakan sumber terbuka adalah terhad, dan banyak dengan bantuan Red Hat. Ini menjadi petunjuk yang baik bagi pertumbuhan berterusan kita,” katanya.

Beliau juga berkata perbelanjaan ICT mula meningkat dengan agensi kerajaan menunjukkan sokongan yang meningkat bagi teknologi sumber terbuka, dengan menyokong kemahiran Red Hat di negara ini.

Permintaan perusahaan bagi lebih banyak fleksibiliti, kebolehoperasian dan hasil yang dipacu perniagaan, dan Red Hat membantu perniagaan dengan perisian IT perusahaan yang terbukti dipercayai dalam aplikasi yang penting seiring dengan matlamat serta industri utama di seluruh dunia.

“Contoh organisasi tempatan yang menggunakan sumber terbuka adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan GrabCar,” katanya. – BERNAMA

Kategori