• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Untuk Reman Boy Iman Ditolak

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman dan tiga lagi individu yang ditahan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar menolak permohonan reman itu selepas menerima alasan yang dikemukakan oleh peguam Faizul Mohd Nasir yang mewakili keempat-empat suspek bahawa mereka telah direman di beberapa mahkamah sebelum ini.

“Mahkamah membenarkan kesemua mereka dibebaskan hari ini dan mereka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah sebelum dibebaskan,” katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah, di sini.

Noruliman, 37, yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman, ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada 2 Oktober lepas berkaitan siasatan kes penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Boy Iman ditahan reman sebelum ini di Ampang dan Shah Alam di Selangor; Muar di Johor Bahru; Sungai Petani dan Kubang Pasu di Kedah serta Kangar, Perlis.

Sebelum ini, polis menerima sebanyak 210 laporan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh dua syarikat termasuk DBI Properties membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

Syarikat berkenaan didakwa menawarkan harga rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih rumah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi. – BERNAMA

Tags: Boy Iman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Farid Kamil, Boy Iman Ditarik Balik Gelaran Datuk

10/02/2021
0

KUANTAN - Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman antara lima individu yang ditarik balik gelaran...

MED Nafi Terlibat Dalam Program Boy Iman

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hari ini menafikan penglibatan dalam program Fingo Star anjuran Fingo (M) Sdn. Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd