Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Pembunuh Bersiri Terlepas Hukuman...

CHICAGO - Seorang pembunuh bersiri mengaku bersalah di mahkamah Indiana semalam atas tuduhan...

Bayi Baru Lahir Ditingggalkan...

KUANTAN - Seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak berpakaian serta masih bertali pusat...

Tribunal Aduan Pesawah Bakal...

ALOR SETAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkemungkinan menubuhkan satu tribunal...

Ayda Jebat Nafi Caras...

PELAKON Ayda Jebat menepis dakwaan yang mengatakan dirinya menjadi punca kepada perpisahan pasangan...

Permintaan Domestik Dijangka Berkembang 6.4%

KUALA LUMPUR – Momentum pertumbuhan permintaan domestik dijangka terus berkembang pesat dalam tempoh separuh kedua tahun ini, malah diunjur meningkat kepada 6.4 peratus bagi keseluruhan tahun ini berbanding 4.3 peratus pada tahun lepas.

Ini didorong terutamanya oleh penggunaan isi rumah yang berdaya tahan dan pelaburan swasta yang kukuh, demikian menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Selain itu, perbelanjaan sektor swasta pula diunjur mencatat pertumbuhan mapan sebanyak 7.4 peratus (5.6 peratus pada 2016) disokong oleh pengembangan kukuh aktiviti penggunaan dan pelaburan.

Perbelanjaan sector awam pula diunjur berkembang 3.1 peratus (0.4 peratus pada 2016) berikutan pelaburan berterusan oleh kerajaan dalam projek berteraskan rakyat.

Penggunaan swasta yang merangkumi 53.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur berkembang 6.9 peratus pada 2017 (53.2 peratus dan 6.0 peratus pada 2016).

“Penggunaan isi rumah akan terus disokong oleh peningkatan upah dalam keadaan guna tenaga yang terus stabil, pendapatan eksport lebih tinggi dan persekitaran kadar faedah yang rendah,” kata laporan itu.

Pelaburan swasta yang merangkumi 17.5 peratus daripada KDNK dijangka meningkat 9.3 peratus (16.9 peratus; 4.3 peratus pada 2016), disokong oleh pelaksanaan projek baharu dan sedang dilaksanakan.

Menurut laporan itu, perbelanjaan modal sektor swasta bertumpu terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.


Sementara itu, pelaburan langsung asing (FDI) merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM25.2 bilion dalam tempoh separuh pertama 2017 (Januari-Jun 2016: RM26.1 bilion) dengan sebahagian besarnya dari China, Jepun dan Hong Kong berjumlah RM10.9 bilion.

“Selain negara Asia Timur, Malaysia juga menarik sejumlah besar FDI dari United Kingdom sebanyak RM4.2 bilion dan sebahagian besarnya disalurkan ke dalam sektor perkhidmatan,” kata laporan itu.

Bagi pelaburan awam, ia dijangka melonjak 3.7 peratus (-0.5 peratus pada 2016), didorong terutamanya oleh perbelanjaan pembangunan (DE) Kerajaan Persekutuan khususnya dalam sektor ekonomi dan sosial seperti prasarana pengangkutan dan perbelanjaan pendidikan.

“Selaras dengan pengukuhan aktiviti ekonomi domestik dan sektor luaran yang lebih baik, pendapatan negara pada harga semasa dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 9.1 peratus pada 2017 (6.2 peratus pada 2016).

“Tabungan Negara Kasar (TNK) juga diunjur meningkat kukuh sebanyak 9.5 peratus dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh sektor swasta iaitu 77.4 peratus daripada jumlah simpanan,” kata laporan itu. – BERNAMA

Kategori