• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Bunuh Kim Jong-nam Bermula Esok

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perbicaraan dua wanita warga asing yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di sini.

Perbicaraan akan didengar di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin. Mahkamah akan merekodkan pengakuan daripada kedua-dua tertuduh pada hari pertama perbicaraan.

Warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, dituduh bersama-sama empat yang lain yang masih bebas membunuh Kim-chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Februari tahun ini.

Mereka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan akan memanggil 30 hingga 40 sajsi, antara lain 10 saksi pakar termasuk pakar agen saraf VX serta beberapa saksi warga asing.

Pada 28 Julai, Hakim Azmi menetapkan 23 hari bermula 2 Oktober hingga 30 November bagi perbicaraan iaitu 11 hari pada Oktober dan 12 hari pada November.

Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad, akan mengetuai pasukan pendakwa raya sementara peguam Gooi Soon Seng mewakili Siti Aisyah, dan peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Naran Singh mewakili Doan.

Kedua-dua tertuduh pertama kali dihadapkan bagi pertuduhan membunuh pada 1 Mac di Mahkamah Majistret Sepang. bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana hukuman mati terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Mei.

Jong-nam dilaporkan berada di klia2 pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita menghampirinya dan tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair bertoksik yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam, yang melakukan penerbangan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Beliau datang ke Malaysia pada 6 Februari. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Prank’ Ubah Perjalanan Hidup Siti Aisyah

30/09/2019
0

JAKARTA - "Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Mereka berjanji akan menjadikan saya seorang bintang. "Saya berasa bodoh...

Kim Jong-nam Sumber Maklumat CIA

11/06/2019
0

WASHINGTON – Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2017 adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd