• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peraturan Baharu Tak Jejas Penerjun Negara

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerjun negara dijangka tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baharu diperkenalkan pada Kejohanan Terjun Grand Prix FINA 2017 yang bermula di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Setiausaha Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chan berkata antara peraturan baharu tersebut ialah penerjun tidak dibenarkan melompat dan menghayun tangan dua kali sebelum membuat terjunan.

“Mereka perlu berhati-hati dengan kaedah melakukan terjunan kerana jika gagal mematuhi peraturan baharu itu maka terjunan tersebut dibatalkan,” katanya kepada media selepas mesyuarat teknikal kejohanan tersebut.

Beliau yakin Malaysia sekurang-kurangnya mampu meraih dua pingat emas dengan mudah ekoran tidak terjejas dengan peraturan baharu tersebut.

Sementara itu, ketua jurulatih negara, Yang Zhuliang berkata anak didiknya tidak mempunyai masa latihan yang panjang selepas Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berakhir Ogos lepas.

Namun, jurulatih dari China itu yakin dan memberi jaminan bahawa prestasi penerjun negara adalah lebih baik berbanding aksi di KL2017 di mana Malaysia menyapu bersih 13 pingat emas yang dipertandingkan.

“Pasukan negara berlatih seperti biasa namun ada kekurangan sedikit kerana kita tidak mempunyai ‘harness’ yang digunakan untuk membuat terjunan ketika latihan. Jika ada ‘harness’ mungkin kita boleh berlatih terjun setiap hari di gym,” katanya.

Kejohanan Terjun Grand Prix FINA 2017 Kuala Lumpur menawarkan 10 pingat emas. – BERNAMA

Tags: Mae Chanpenerjun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Penerjun Maut, Polis Akan Minta Penjelasan PPj, KPWKM

02/01/2021
0

PUTRAJAYA - Polis Putrajaya akan mendapatkan penjelasan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berhubung insiden...

Penerjun Putrajaya Base Jump Tersangkut Pada Tiang Lampu

03/02/2020
0

PUTRAJAYA - Seorang peserta terjunan ekstrem sempena Putrajaya Base Jump berdepan detik cemas apabila payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd