• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penutupan 5 Pasar Raya Giant Tiada Kaitan Ekonomi

oleh Ahmad Albab
31/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penutupan lima cawangan pasar raya Giant tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata keputusan dibuat pemilik pasar raya itu, GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., adalah berikutan masalah sewaan premis selain sebahagian daripada strategi perniagaan mereka untuk mengecilkan saiz cawangan terbabit.

“Mereka perlu mengecilkan saiz cawangan tersebut dan mencari premis lain yang lebih kecil daripada apa yang ada ketika ini.

“Mereka masih dalam perbincangan (mengenai perkara itu) dan ini tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini hari ini.

Isu penutupan lima pasar raya Giant di Sri Manjung, Perak; Sungai Petani, Kedah; Shah Alam City Centre dan Selayang Lama di Selangor; dan Sibu, Sarawak pada 5 November ini tular di media sosial baru-baru ini dengan banyak pihak mengaitkannya ekoran keadaan ekonomi negara.

Hamzah berkata semua pihak perlu memahami bahawa peniaga mengambil risiko masing-masing dalam menjalankan perniagaan, termasuk dari segi persaingan dengan kedai dan pasar raya yang lain.

Selain itu, katanya, trend semasa yang menyaksikan peningkatan pembelian melalui dalam talian juga menyebabkan pasar raya turut terpaksa bersaing bagi mendapatkan pelanggan.

“Tesco telah menjual pasar raya besar mereka di Korea, adakah itu bermakna Korea akan bankrap? Itu adalah strategi perniagaan yang dilakukan oleh pemegang saham syarikat sendiri demi memastikan kelestarian perniagaan mereka,” katanya.

Ditanya mengenai nasib perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjual barangan mereka di pasar raya lima Giant yang ditutup itu, Hamzah berkata perjanjian mereka adalah dengan syarikat dan bukan dengan cawangan.

“Contohnya jika dia (PKS) membuat perjanjian membekalkan 1,000 botol sebulan, jika Giant tutup satu cawangan pun, perjanjian masih seperti itu,” katanya.

Menurutnya, ketika ini Giant mempunyai 51 rangkaian pasar raya dan 71 superstore di seluruh negara, manakala keseluruhan pasar raya besar yang dimiliki syarikat dari luar negara berjumlah 119. – BERNAMA

Tags: GiantHamzah Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd