• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang ‘Bertuah’ Naik Pesawat Seorang Diri

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG penulis warga Scotland yang membayar hanya £46 (RM256) untuk penerbangan ke Greece ‘mendapat’ kesemua 189 kerusi di dalam pesawat itu.

Peluang yang mungkin sekali seumur hidup itu selepas penumpang lain yang membuat tempahan bagi penerbangan itu tidak tampil sewaktu berlepas.

Karon Grieve mengambil gambar swafoto menunjukkan barisan kerusi yang kosong dalam penerbangan Jet2 dari Glasgow ke Crete pada Ahad lalu.

Semasa di kaunter daftar masuk, wanita berusia 57 tahun dari Dunlop, Ayrshire itu diberitahu hanya tiga orang termasuk dirinya membuat tempahan bagi penerbangan bermusim itu.

Bagaimanapun dua lagi penumpang tidak muncul, sekali gus menyaksikan Karon sebagai seorang penumpang yang penting, selain diberikan hidangan percuma dan pilihan tempat duduk di dalam pesawat.

Malah juruterbang turut memberikan ucapan secara peribadi kepada dirinya menerusi intercom semasa dalam penerbangan, bagi memberitahu destinasi yang dituju.

Selepas mendarat, Karon tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bagasinya kerana dia mendapatkannya sejurus keluar dari pesawat. – Mirror/mStar Online

Tags: penumpangpesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd