• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peningkatan 1 Kes Demam Denggi Tempoh Seminggu

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kes demam denggi bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober menunjukkan peningkatan satu kes sahaja iaitu dengan 1,194 berbanding 1,193 kes pada minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata terdapat lima negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya (3 hingga 9 Sept) iaitu 19 kes (76 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (15 kes -13.9 peratus), Sarawak (4 kes – 40 peratus), Pulau Pinang (4 kes – 8.9 peratus) dan Perak (4 kes – 8.9 peratus).

Bagaimanapun, katanya jumlah kumulatif kes denggi yang direkodkan mengurang sebanyak 13,133 kes kepada 71,641 berbanding 84,774 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Jumlah keseluruhan kematian demam denggi juga telah menurun 31 kes dengan 150 kematian dilaporkan pada tempoh sama tahun ini berbanding 190 kematian pada 2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sejumlah 367 lokaliti wabak demam denggi dilaporkan di 14 negeri dan 33 lokaliti ‘hotspot’ semasa direkodkan di tujuh negeri.

“Walaupun peningkatan itu tidak ketara, langkah pencegahan dan kawalan perlu diambil segera supaya trend pertambahan kes pada penghujung tahun seperti sebelum ini dapat dibendung,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata tiada kes chikungunya direkodkan pada minggu tersebut, dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga 30 Sept ini kekal pada 260 kes iaitu 190 kes dari Kedah, Selangor (33), Johor (24), Kelantan (10), Perak (2) dan satu kes dari Sarawak.

Beliau berkata setakat 7 Oktober tahun ini, pemantauan sistem survelan virus Zika oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan mendapati keputusan ujian bagi 1,622 sampel darah dan 31 sampel air kencing dalam kalangan pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan virus berkenaan adalah negatif.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi serta memastikan kutipan sampah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di kawasan pengurusan mereka selain meningkatkan aktiviti pembersihan dan penguatkuasaan untuk membendung masalah pembiakan aedes.

Di samping itu, PBT juga hendaklah meningkatkan aktiviti pembersihan dan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap pembuang sampah haram untuk membendung masalah pembiakan aedes. – BERNAMA

Tags: demam denggiKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd