Sample Page Title

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga kedai runcit berusia 35 tahun ditahan kerana didapati menjual rokok seludup bernilai kira-kira RM15,000 dalam serbuan di Felda Penggeli Timur, dekat Kota Tinggi, semalam.

Serbuan kira-kira 7 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi berdasarkan maklumat risikan.

Dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 189 karton rokok seludup pelbagai jenama termasuk Canyon, Gudang Garam, John British, CA dan Semporna, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ashmon Bajah dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis masih menyiasat sumber penyeludupan rokok berkenaan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...