Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

100 Juta Pokok Untuk...

BALING : Sejumlah 100 juta pokok perlu ditanam semula di seluruh kawasan kompleks...

2 Polis Dicekup Buat...

IPOH - Dua anggota Balai Polis Sentral Ipoh ditahan, selepas didapati cuba membawa...

Tasha Shilla Kembali Terima...

KISAH percintaan antara Tasha Shilla dan Hans Wong sudah macam drama yang penuh dengan...

‘Gambar Tulen Tapi Lama’

KUALA LUMPUR - Gambar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, serta lima...

Pengguna LDP, SPRINT Nikmati Diskaun Tol

SHAH ALAM – Pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint bakal menikmati diskaun tol Rabu ini sempena perayaan Deepavali.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata diskaun tol berkenaan diberikan kepada pengguna semua jenis kenderaan di kedua-dua lebuh raya itu mulai pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari berkenaan sahaja.

“Bagi pengguna di LDP, mereka akan menikmati diskaun sebanyak 60 sen, manakala bagi pengguna di Lebuh Raya Sprint diskaun tol yang diberikan ialah sebanyak 20 sen.

“Seramai 577,000 pengguna kedua-dua lebuh raya dijangka menikmati diskaun berkenaan,” katanya kepada pemberita pada majlis meraikan 30 penghuni rumah anak yatim Agathian Shelter, Petaling Jaya di sini hari ini.

Mereka yang berumur antara empat tahun hingga 18 tahun dibawa melawat pelbagai tarikan yang terdapat di I-City, di sini. Ini adalah sebahagian daripada acara tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

Selain itu, Litrak turut menyumbang pelbagai barangan keperluan harian dan wang tunai berjumlah RM14,000 kepada kanak-kanak berkenaan dan rumah anak yatim itu.


Menurut Sazally, sejak 2010 hingga kini, syarikat berkenaan telah membelanjakan sebanyak RM15.4 juta untuk tujuan CSR.

“Antara program CSR yang dilaksanakan oleh syarikat ialah program keselamatan jalan raya bagi pelajar sekolah dan program bersama anak yatim dan golongan urang berkemampuan ketika sambutan setiap perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baharu Cina dan Krismas.

“Bagi subsidi diskaun tol pula, sejak 2010 syarikat telah membelanjakan sebanyak RM10.14 juta untuk diskaun tol LDP dan RM900,000 untuk Lebuh Raya Sprint,” katanya. – BERNAMA

Kategori