• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Didakwa Lakukan Serangan Seksual

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengawal keselamatan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini atas dua tuduhan melakukan serangan seksual terhadap dua beradik perempuan di bawah asuhan isterinya.

Lelaki berusia 52 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan kakak mangsa berusia 11 tahun di sebuah rumah di Petaling Jaya, dekat sini, pada 2 Okt lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali menafikan tertuduh diikat jamin atas permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali yang menyatakan isteri tertuduh masih menjadi pengasuh kanak-kanak tersebut.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah dan isterinya adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pelayan restoran sushi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan anak perempuanya berusia 11 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.

Bapa berusia 35 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Petaling Jaya, Jun lepas.

Yong Zarida tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 4 Dis ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Serangan Seksual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Buat Serangan Seksual Terhadap Kanak-kanak, Bekas Atlet Wushu Dipenjara 13 Tahun, Sebatan

Buat Serangan Seksual Terhadap Kanak-kanak, Bekas Atlet Wushu Dipenjara 13 Tahun, Sebatan

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas atlet wushu kebangsaan, Gjeblehim Bong Teck Fuu, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah...

Kenderaan Dicuri Akibat Kecuaian Tidak Boleh Tuntut Insurans

Pelakon Squid Game Dipenjara 8 Bulan, Bersalah Laku Serangan Seksual

15/03/2024
0

Seoul: Pelakon 'Squid Game' O Yeong-su didapati bersalah atas salah laku seksual oleh Mahkamah di Korea Selatan, kerana menyerang seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd