Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pejabat Hospital Mata Di...

GEORGETOWN - Ruang pejabat di tingkat dua bangunan hospital pakar mata swasta di...

“Kontena 404 Cabaran Baru...

NAMANYA mungkin agak asing sedikit kerana jarang muncul di kaca tv sebagai pelakon...

Sanjeevan Didakwa Buat Komen...

PETALING JAYA - Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri...

Jangan Ambil Mudah Daftar...

PUTRAJAYA - Jangan ambil mudah isu lewat mendaftar kelahiran anak kerana ia mampu...

Penduduk Tawau Sambut Positif Program BI1M

TAWAU – Usaha kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masyarakat luar bandar menerusi program Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) disambut baik penduduk Tawau yang berhasrat memanfaatkannya bagi meningkatkan taraf hidup.

Antara mereka ialah pemandu GrabCar Ahmad Arif Aukasa, 50 yang mahu memantapkan komunikasinya dengan penumpang dalam kalangan pelancong asing.

“Saya pernah menerima tiga penumpang dari Mesir yang bekerja sebagai doktor, tetapi saya tidak dapat berbual banyak kerana kurang yakin dengan penguasaan bahasa Inggeris saya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan antara tenaga pengajar B1IM dan pelajar bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching di sini.

Ahmad Arif antara 398 pelajar BI1M di daerah ini yang mengikuti kelas itu secara percuma.

Katanya selepas mengikuti kelas itu, beliau kini berasa lebih yakin dengan tahap penguasaan bahasa Inggerisnya dan tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan penumpang yang kebanyakannya pelancong asing dari Korea, India dan Mesir.


BI1M merupakan inisiatif bersepadu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama SOLS 24/7 Malaysia bagi meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di negara ini.

Sementara itu, Yap yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata berdasarkan penyertaan dalam kelas BI1M yang diadakan pada waktu malam, ternyata warga Tawau mempunyai keinginan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.

Katanya program itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas daripada kelompok pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BI1M

Kategori