• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kuala Dulang Terima Kunci Rumah 6 November

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Penduduk Kampung Kuala Dulang yang kawasan rumah mereka terlibat dengan masalah hakisan pantai bakal menerima kunci rumah di Taman Muafakat Dulang pada 6 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata penyerahan kunci dijangka dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Kita telah mengenal pasti 40 penerima yang terjejas akibat hakisan pantai di Kampung Kuala Dulang, manakala 38 lagi penerima terdiri daripada penduduk sekitar.

“Keseluruhannya terdapat 100 unit rumah yang dibina oleh Yayasan Haji Zainuddin dan bakinya 22 unit, kita akan buka hanya kepada penduduk di daerah Yan yang benar-benar layak,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak.

Menurutnya, projek perumahan yang mula dibina pada awal 2016 selepas tertangguh kira-kira lima tahun berikutan pertukaran tampuk pentadbiran kerajaan negeri, siap pada pertengahan tahun lalu.

Ku Abdul Rhman berkata yayasan menyumbang peruntukan untuk pembinaan rumah dan kerajaan negeri mengeluarkan peruntukkan kira-kira RM5 juta untuk pembinaan infrastruktur termasuk laluan keluar-masuk, bekalan air dan elektrik serta lampu jalan.

“Kita turut merancang untuk mewujudkan sebuah pasar sebagai ruang kepada penduduk berniaga kecil-kecilan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

Islam Pas Saja Yang Izinkan, Itu Ajaran Sesat – Teng Chang Khim

Islam Pas Saja Yang Izinkan, Itu Ajaran Sesat – Teng Chang Khim

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Islam mana yang ada 3R? Islam Pas saja yang izinkan. Itu ajaran sesat" Demikian sindiran bekas Speaker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd