• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendikir Tersohor Megat Nordin Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
28/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pendikir tersohor Kelantan, Megat Nordin atau nama sebenarnya Nor Din Yusoff meninggal dunia hari ini selepas beberapa bulan menderita sakit bengkak hati.

Nor Din, 56, menghembuskan nafas terakhir pukul 11.50 pagi di kediaman ayahnya di Kampung Kenali, Kubang Kerian di sini di sisi isteri, anak-anak dan adik-beradiknya.

Adiknya Noriah Yusoff, 47, berkata Allahyarham yang kebetulan meninggal dunia pada tarikh kelahirannya hari ini meninggalkan isteri Khorulnisa Mohd Diah, 48, dan tujuh anaknya selepas dibenarkan pulang ke rumahnya setelah menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, beberapa hari lepas.

“Arwah kerap meminta kebenaran daripada pihak HRPZII untuk pulang ke rumah sejak seminggu lepas.

“Kami semua akur dan mengikut kemahuannya yang ingin berehat di rumah dengan membawa pulang arwah beberapa hari lepas. Pagi tadi selepas dimandikan isterinya, arwah kelihatan lemah, tidak bercakap dan tidak mahu makan, tiba-tiba sesak nafas sebelum meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Noriah berkata jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenali di sini selepas asar bersebelahan kubur anak sulung arwah yang meninggal Ogos lepas akibat jantung berlubang.

Allahyarham Nor Din dikesan menghidap penyakit bengkak hati setahun lepas dan tahap kesihatannya susut secara mendadak sejak tiga bulan lepas selain perutnya semakin membengkak menyebabkan arwah hanya mampu terbaring.

Anak sulung daripada 13 beradik itu terlibat dalam seni dikir barat sejak 1980-an dan popular dengan lagu ‘Tunggu-Tunggu Tok Kelik’ dan ‘Ambo Raso Berkene’ selain pernah menjadi peserta program realiti Kilauan Emas 4 pada 2014.

Noriah berkata arwah pernah berpesan agar masyarakat di luar sana tidak memainkan beberapa lagu dikirnya termasuk lagu ‘Titih Pesaka’ dan ‘Dewi Menjelma’. – BERNAMA

Tags: dikir baratmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd