Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

4 Juta Wanita Arab...

Riyadh - Jumlah wanita Arab Saudi tidak berkahwin dijangka meningkat empat juta dalam...

Seluk Tangan Dalam Seluar:...

JOACHIM Low memohon maaf selepas rakaman siaran langsung televisyen merakam aksinya melakukan perbuatan...

Saya Tak Layak Untuk...

SUSULAN kemenangan besarnya dalam Anugerah Meletop yang diadakan pada Februari lalu, nama Ayda...

Miri, Lawas Dan Limbang...

KUCHING - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak mengenal pasti Bahagian Miri, Lawas...

Pencari Ketam Warga Indonesia Sudah Dijumpai

KUCHING – Seorang warga Indonesia yang dilapor hilang ketika menangkap ketam di laut berhampiran Kampung Gerigat, Kabong semalam ditemukan selamat petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak berkata Abu Sahir Saleh, 41 tahun, yang berasal dari Singkawang, Indonesia telah dijumpai di bawah pokok dalam keadaan lemah.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pasukan SAR yang terdiri daripada pasukan bomba dan penyelamat, polis, APM, APMM dan penduduk kampung masih belum menemui mangsa bot karam yang dikenali sebagai Mohd Azimudin Alwi, 15.

Dalam kejadian 14 Okt lalu itu, bot yang dinaiki mangsa bersama seorang rakan karam di laut tidak jauh dari Kampung Sungai Cina Sampadi, Lundu.

Bagaimanapun rakannya berjaya menyelamatkan diri.

Jurucakap PGO JBPM Sarawak berkata komander operasi melaporkan SAR hari keempat hari ini dijalankan di kawasan laut berhampiran Kampung Sungai Cina, Sempadi Lundu dan radius pencarian dari lokasi perahu karam (3.2km dari Pulau Satang Besar) di bahagikan kepada tiga sektor.


Katanya APMM dengan kekuatan sebuah bot pemintas dan sebuah kapal peronda marin dibahagikan kepada enam sektor kawasan meliputi 32 batu nautika, manakala pasukan bomba, APM dan orang kampung melakukan pencarian sekitar dalam radius lima batu nautika dari lokasi perahu karam.

Beliau berkata operasi SAR hari keempat ditangguhkan pada 5.30 petang ini dan akan disambung pada keesokan pagi. – BERNAMA

Kategori