• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penasihat Kanan Antara Meninggal Dunia

oleh AK-47
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Penasihat Kanan Kantor Berita Nasional Indonesia (Antara) Mohamad Saiful Hadi Idham, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Siloam di sini malam tadi.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Antara itu yang lebih dikenali sebagai Saiful sebelum ini dilaporkan sering masuk keluar hospital kerana menderita penyakit kencing manis.

Suasana pilu menyelubungi seluruh anggota keluarga dan orang ramai sebaik jenazah tiba di rumahnya di Jalan Fatmawati di sini pada pukul 8 pagi dan anak kedua Allahyarham Saiful, Sahira melangsungkan majlis akad nikah di hadapan jenazah ayahnya.

Majlis akad nikah itu diadakan atas permintaan keluarganya kerana Allahyarham Saiful sebelum ini begitu sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan anaknya yang dijadualkan tidak lama lagi.

Pengurus Besar Sumber Manusia Antara, Inderahadi Kartakusumah dalam kenyataannya berkata Saiful meninggal dunia pada pukul 10.30 malam tadi dan jenazahnya dikebumikan di kompleks pemakaman KH Idham Chalid di Cisarua, Bogor selepas majlis akad nikah itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rina dan tiga orang anak – seorang lelaki dan dua perempuan.

Saiful adalah anak kepada seorang pemimpin Nahdatul Ulama dan pejuang kemerdekaan Idham Chalid dan semasa memimpin Antara, beliau memainkan peranan penting dalam menjalinkan hubungan dua hala antara wartawan Malaysia dan Indonesia.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bahagian Indonesia dan menganjurkan pelbagai aktiviti bertujuan merapatkan hubungan antara pengamal media Indonesia dengan pengamal media Malaysia.

Selain itu, Allahyarham Saiful juga adalah Presiden Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia (Yirmi) iaitu sebuah pertubuhan yang menjalankan aktiviti sosiobudaya antara kedua-dua buah negara dan beliau juga mengasaskan sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Yayasan Kerukunan Indonesia-Malaysia (Yakim) yang kini di peringkat penubuhannya.

Sementara itu Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pihak kedutaan menyifatkan Malaysia kehilangan seorang tokoh wartawan Indonesia yang begitu akrab dengan Malaysia.

Katanya Allhayarham Saiful telah memainkan perana penting dalam komunikasi media antara kedua-dua buah negara dan sentiasa menekankan pentingnya perpaduan rakyat antara Malaysia-Indonesia.

“Saiful Hadi adalah instrumental dalam mengerakkan Yirmi dan Yakim dan kita berharap ada pihak yang akan meneruskan usaha Allahyarham yang gigih dalam aktiviti mengeratkan hubungan antara rakyat dengan rakyat di kedua-dua buah negara,” katanya kepada Bernama di sini.

Kedutaan Besar Malaysia pernah menganugerahkan beliau sebagai ‘Tokoh Wartawan’ pada satu majlis Malam Media anjuran kedutaan itu awal tahun ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

13/07/2026
0

SEREMBAN – PAS bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada UMNO sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti berjaya dimuktamadkan bagi...

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd