• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemergian Bellew Tidak Jejas Agenda Transformasi MAS

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) Peter Bellew menyertai semula Ryanair yang berpangkalan di Ireland, diluar jangkaan, namun ia tidak menjejaskan agenda transformasi syarikat penerbangan negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kementerian itu tidak menerima sebarang bentuk ‘bayangan’ mengenai pemergian Bellew, dan masih menunggu laporan penuh daripada MAS.

“Ia (mengejutkan), sebab saya tidak mendapat sebarang bayangan. Oleh itu saya mahu butiran mengenainya terlebih dahulu kerana saya belum memperolehnya daripada Malaysia Airlines.

“Namun saya yakin transformasi MAS akan diteruskan, tanpa mengira siapa pun yang akan menjadi CEO atau COO (Ketua Pegawai Operasi), agenda transfomasi MAS akan diteruskan. Kedudukan kita baik, kedudukan MAS ok,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di sini hari ini.

Semalam, Ryanair dalam satu kenyataan menyatakan Bellew akan menyertai semula syarikat penerbangan Ireland itu sebagai COO, mengambil alih tanggungjawab operasi penerbangan, darat dan kejuruteraan Ryanair.

Syarikat penerbangan itu berkata Bellew secara khusus ditugaskan untuk memantau pembangunan juruterbang, melatih dan pembangunan kerjaya dengan misi untuk – ‘memastikan kegagalan jadual juruterbang yang dialami Ryanair pada awal September tidak berulang”.

Bellew dalam satu kenyataan hari ini berkata walaupun beliau sukakan MAS, namun memutuskan untuk menyertai semula syarikat penerbangan Ireland itu kerana menganggapnya sebagai satu bentuk ‘khidmat negara’.

“Jadi kenapa saya pergi? Negaraku. Cinta untuk negara menarik saya pulang ke Ireland. Saya terima panggilan daripada Ryanair lewat petang dua minggu lepas sebagai COO. Ia merupakan syarikat terhebat Ireland. Mereka perlukan bantuan saya, dan ia merupakan cabaran besar. Ia dalam bentuk khidmat negara,” kata Bellew.

Sementara itu, Liow, ketika ditanya tentang kemungkinan pengganti CEO, berkata semuanya bergantung kepada Khazanah, yang merupakan pemegang saham utama syarikat penerbangan negara itu.

“Belum ada laporan mengenainya (pengganti Ketua Pegawai Eksekutif MAS) … bergantung kepada Khazanah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zamihan Minta Khalid Samad Dedah Siapa ‘GodFather’

Next Post

KAFA Teliti Baki Kontrak Pemain Muda – Bibi

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

Next Post

KAFA Teliti Baki Kontrak Pemain Muda - Bibi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd