• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Takut Murid Tahu Fakta Sejarah Merdeka

oleh
05/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA pihak pembangkang semakin ‘panas’ apabila kutuk pertandingan anjuran Persatuan Sejarah Malaysia mengenai kisah sebenar kemerdekaan negara hasil daripada kejayaan UMNO.

Dengan berselindung di sebalik nama sebuah organisasi bukan kerajaan, Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), jelas menunjukkan mereka mahu murid sekolah ‘lupa’ sejarah sebenar kemerdekaan tanah air.

Justeru portal propembangkang aktif ‘putar belit’ objektif program itu yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) pada Selasa dan dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Ia mengulangi apa dilakukan pihak PAP yang memerintah Singapura selepas berpisah daripada Malaysia pada 1965 apabila mengubah fakta pulau itu daripada diasaskan Sang Nila Utama kepada ‘dibuka’ oleh Sir Stamford Raffles.

Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri diterajui DAP cuba ‘padam’ sejarah sebenar pulau itu dibuka penduduk Melayu dan asalnya sebahagian Kedah kepada ditubuhkan oleh Kapten Francis Light pula.

Hakikatnya sejarah tokoh UMNO, MCA dan MIC berjuang menuntut kemerdekaan negara ini merupakan fakta sejarah yang tidak boleh dipadamkan, kata Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii.

Beliau menjawab kritikan PAGE yang disiarkan portal antikerajaan apabila mempertikaikan persembahan kelas di sekolah terbabit yang melakonkan semula peristiwa penting menjelang detik kemerdekaan negara kita sendiri.

“Yang jadi pelik hari ini apabila ramai tidak boleh terima kenyataan kejayaan UMNO lawan Malayan Union dan bawa kemerdekaan,” ujarnya mengulas laporan PAGE tidak puas hati dengan acara persembahan berkenaan.

Menurut Razlan lagi, sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya melaksanakan kempen sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2071 dengan mengenang budi dan jasa pemimpin-pemimpin lama tanah air pejuang kemerdekaan.

Beliau malah turut berada di sekolah tersebut ketika program berlangsung serta dihadiri pelbagai badan bukan kerajaan lain termasuklah wakil komuniti dan wartawan dalam acara yang dirasmikan Tengku Adnan sendiri.

“Setiap tahun apabila tiba Bulan Kemerdekaan, sekolah akan buat pelbagai aktiviti untuk semai sikap patriotik. Juga sejarah penentangan Malayan Union dan Tunku Abdul Rahman membawa rombongan kemerdekaan ke London.

“Ada sekolah yang melaksanakan program bercerita, bersajak, kuiz dan macam-macam lagi. Ini adalah sejarah kepada kejayaan Malaya dapat melepaskan diri daripada cengkaman penjajahan tanpa menumpahkan darah.

“Adakah PAGE tidak boleh menerima sejarah Tunku Abdul Rahman dengan Tun V.T Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock bersama memberi ucapan sebelum ke London serta peristiwa sekembali mereka ke Malaya,” tegasnya.

Jelas Razlan kepada portal AgendaDaily, sejarah tersebut tidak boleh dipadam kerana ia kejayaan negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah British. Beliau juga ajak NGO propembangkang untuk belajar bersikap patriotik.

Semangat cinta negara tersebut ujarnya, semakin hilang dalam kalangan rakyat Malaysia akibat daripada permainan jahat politik jijik pihak pembangkang sendiri sehingga sanggup berkata buruk terhadap imej negara mereka sendiri.

Bahkan katanya, tiada yang pelik jika pihak sekolah melaksanakan program pengkisahan kemerdekaan dan ia adalah satu sistem demokrasi diamalkan di dalam pentadbiran negara sekian lama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: sejarahTunku Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Datuk Seri Vida Terima Kejutan Kek Harga RM26K

Next Post

Parlimen Belia Lulus Usul Kerajaan Bantu Pelarian Rohingya

Related Posts

UMNO Salur Bantuan Guaman Kepada Dr Akmal

Perbicaraan 1MDB Cipta Sejarah Akan Bersidang Sabtu

05/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib...

Bella Pernah Beri Bayangan Akan Dilanggar Mati

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

21/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Pelakon 'senior' disegani, Wan Hanafi Su, 74, menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) merombak mata pelajaran sejarah di sekolah berikutan...

Next Post

Parlimen Belia Lulus Usul Kerajaan Bantu Pelarian Rohingya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd