• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemalsuan Dokumen, 3 Warga Indonesia Ditahan

oleh Ahmad Albab
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan dua wanita warga Indonesia ditahan dipercayai aktif menjalankan kegiatan pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri di sebuah rumah di Kampung Tasek Permai, Ampang di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kesemua suspek berusia 30-an itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil kira-kira 10.45 malam.

Menurut Hamzah, pihaknya merampas pelbagai dokumen pengenalan diri palsu antaranya 36 kad pengenalan, lapan Enforcement Card (E-Kad), enam kad hijau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan peralatan lain.

“Kad pengenalan palsu yang digunakan mempunyai cip yang berkualiti tinggi, kumpulan ini disyaki turut melakukan pemalsuan dokumen rasmi lain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kad pengenalan itu dipercayai dijual dengan harga RM400 setiap satu.

“Mereka aktif menjalankan kegiatan ini sejak enam bulan lepas dan kebanyakan pelanggan mereka adalah warga Indonesia.

“Kesemua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Hamzah berkata pihaknya akan membuat semakan dengan agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesan sama ada kad pengenalan yang dibuat mempunyai maklumat dalam sistem.

“Jika kad pengenalan yang dibuat mempunyai maklumat dalam sistem ianya mungkin dijual dengan harga lebih mahal,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA

Tags: Pemalsuan Dokumenwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd