Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Bayaran Balik GST: PAC...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan...

Pesawat PBB Pindahkan Pemberontak...

RIYADH - Tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi berkata pesawat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

PKNS Sasar Bina 5,883...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan untuk melancarkan sebanyak 5,883...

Bendera Negeri Sembilan Dikibar...

SEREMBAN : Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir...

Pemadam Mohon Tambahan Dalam Bajet 2018

NILAI — Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berharap kerajaan akan menambah peruntukan bagi aktiviti berkaitan pencegahan dan perubatan dalam pembentangan Bajet 2018 di Parlimen pada 27 Okt ini.

Yang Dipertua Pemadam, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata peruntukan tambahan perlu diberi kepada aktiviti pencegahan kerana masalah penagihan dadah semakin serius dalam masyarakat, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Pemadam dan agensi berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu menambah baik aset mereka seperti pertambahan staf yang terlatih termasuk pegawai perubatan, menaik taraf pusat rawatan, jentera penguatkuasaan dan kemudahan lokap,” katanya.

Nur Jazlan, yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Kebangsaan Pencegahan Dadah peringkat Kakitangan Universiti Awam Malaysia, di sini, hari ini.


Turut hadir Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Musa Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Pemadam, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Ketua Pengarah AADK, Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin. – BERNAMA

Kategori