Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PRK DUN Rantau Diadakan...

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau hanya...

Lakon Babak Ranjang, Amar...

PELAKON Amar Asyraf tidak memberitahu dan tidak meminta kebenaran isterinya, Arna Salleh untuk...

“Haramkan Pokemon GO” –...

BARU beberapa hari dilancarkan, permainan Pokemon Go sudah berjaya mencetuskan fenomena luar biasa...

Apabila 2 Pasangan Kembar...

JIKA seseorang memutuskan untuk mempunyai anak satu hari nanti, dia perlu tahu bahawa proses...

Peluru Tercicir Di Hulu Langat, Milik Siapa?

GEMPAR kelmarin apabila sebanyak 176 butir peluru hidup jenis SME-02 telah ditemui bertaburan di Jalan Batu 14 menghala ke Ampang, Selangor.

Lokasi tersebut yang agak sunyi juga terletak berhampiran dengan sebuah tempat pembuangan sampah Hulu Langat.

Ketua Polis Derah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff  berkata bahawa pihaknya menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 38 tahun pada pukul 9.10 pagi bagi memaklumkan mengenai penemuan peluru itu.

“Lelaki itu ternampak peluru terbabit bertaburan di atas jalan ketika sedang menunggang basikal dari Batu 18 menuju ke Ampang, lalu dia telah berhenti untuk melihat dengan lebih dekat.

Sebaik sahaja menyedari bahawa objek tersebut merupakan peluru hidup, dia terus menghubungi talian 999 bagi memaklumkan kepada pihak polis,” katanya dipetik daripada Harian Metro.


Ahmad Dzaffir menambah lagi bahawa siasatan awal di loaksi tersebut telah menemukan sebanyak 176 peluru sepanjang sembilan milimeter jenis SME 8-02 bertaburan dekat tepi jalan.

“Kawasan berkenanan bukan tempat latihan menembak dan tiada langsung lokasi padang sasar yang berhampiran tempat kejadian.

“Namun sehingga kini, pihak kami masih lagi belum mendapat laporan mengenai sesiapa yang kehilangan peluru,” tambah Ahmad Dzaffir lagi.

Menurutnya, kesemua peluru yang dijumpai itu telah dihantar ke Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor bagi pengesahan dan ujian. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Kategori