Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

2.26 Juta Pekerjaan Di...

KUALA LUMPUR - Penciptaan pekerjaan di Malaysia seiring dengan prestasi ekonomi Malaysia yang...

“Thanabalan Anak Malaysia,” Kata...

SEREMBAN - Malam ini merupakan penentuan bagi mendapatkan ibu segala pingat emas dalam...

Tawaran Menarik 12.12 Sempena...

KUALA LUMPUR - Jika anda minat membeli-belah, sudah semestinya acara Jualan Ulang Tahun...

Suri Rumah Terkejut, Daging...

China – Seorang wanita yang mahu memotong daging untuk dijadikan stik terkejut apabila...

Pelakon Veteran Sony Abdullah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an, Datuk Abdullah Sani Ahmad, atau dikenali Sony Abdullah, meninggal dunia petang ini di kediamannya di Selayang kerana sakit tua.

Beliau yang berusia 74 tahun menghembus nafas terakhir pada pukul 4.15 petang tadi.

Anaknya, Fathorossoim Al-Sani Abdullah Sani berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Melati Selayang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves di sini selepas solat Isyak malam ini.

“Pada 7 Oktober lepas, kami baru meraikan hari lahirnya yang ke 74 dan arwah masih sihat dan gembira ketika itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham meninggalkan lima anak.


Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham pernah mencipta fenomena menerusi filem Permintaan Terakhir pada tahun 1975, Menanti Hari Esok (1977), dan Gadis Langkawi (1966). – BERNAMA

Kategori