• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Hilang Di Titi Hayun Ditemui Selamat

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Alor Setar yang hilang di kawasan rekreasi Titi Hayun di sini semalam ditemui tengah malam tadi.

Pelajar berusia 18 tahun dari Jitra itu ditemui dalam keadaan lemah dan berdarah di kaki akibat digigit pacat.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhammad Halim Yatim berkata remaja tersebut bersama tiga rakannya menaiki motosikal ke Titi Hayun untuk berkelah pada sebelah pagi.

Beliau berkata Mohd Musyid Abdullah disedari hilang oleh rakan-rakanya ketika mereka dalam perjalanan mendaki kawasan Air Terjun Puteri Mandi yang terletak di bahagian atas.

“Rakan-rakannya lalu turun kembali ke tempat mereka mula mendaki untuk mencarinya, namun dia tidak ditemui, sementara motosikalnya masih berada di situ,” katanya hari ini.

Rakan-rakannya lalu membuat laporan di Balai Polis Yan kira- kira pukul 7.15 malam tadi dan seramai 40 anggota penyelamat disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia ( RELA) digerakan untuk mencari mangsa kira- kira pukul 11.30 malam.

“Mangsa kemudiannya ditemui kira-kira 2.7 kilometer dari kawasan Titi Hayun,” kata Muhammad Halim.

Pelajai itu dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan susulan sebelum diserahkan kepada keluarganya kira-kira pukul 2.05 pagi tadi. – BERNAMA

Tags: pelajarSesat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mendiang Tan Sri Yeoh Selamat Disemadikan

Next Post

Rohingya: Najib Lancar Misi Ketiga Negaraku Prihatin

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

Next Post

Rohingya: Najib Lancar Misi Ketiga Negaraku Prihatin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd