• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Premis Serbaneka Cedera Diserang Penyamun

oleh AK-47
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami kecederaan di kepala, tangan kiri dan luka di bahagian badan dalam kejadian samun di kedai itu di Bandar Meru Raya di sini semalam yang telah tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata lelaki berumur 53 tahun itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan keadaannya kini stabil namun masih lemah.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi, dua suspek yang memakai topi keledar memasuki kedai itu dengan seorang daripada mereka bertindak menyerang mangsa menggunakan objek panjang seperti batang besi.

“Mangsa terus rebah, manakala seorang lagi suspek telah mengambil wang dari mesin wang dan rokok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian isteri mangsa yang berada dalam sebuah bilik di dalam kedai itu mendengar bunyi bising dan terus keluar sebelum seorang suspek merampas telefon bimbit milik mangsa.

Menurut Sum, pihak polis telah mengambil tujuh cap jari selain meneliti rakaman kamera litar tertutup yang berada di dalam dan luar kedai itu untuk mengesan suspek. – BERNAMA

Tags: ACP Sum Chang Keongdiserang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

Paha Wanita Terkoyak, Tangan Cedera Diserang Tiga Anjing

09/02/2024
0

GEORGETOWN: Seorang wanita diserang dan digigit anjing sehingga terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di sini semalam. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd