• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Nafi MCKIP Pinggir Rakyat Tempatan

oleh Ahmad Albab
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang menafikan bahawa projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang telah berjaya mengumpulkan nilai pelaburan RM19 billion sehingga akhir tahun lalu meminggirkan penduduk setempat termasuk tawaran peluang pekerjaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata dakwaan mengatakan pemohon kerja wajib mengetahui bahasa Mandarin adalah tidak benar tetapi sebaliknya sebagai syarat tambahan yang memberi kelebihan kepada pemohon.

Beliau mengakui memang terdapat ramai tenaga kerja mahir dalam kalangan warga China di MCKIP dan sudah tentu syarikat di situ memerlukan orang tempatan yang memiliki kelebihan bahasa mereka untuk menjadi orang tengah atau penghubung.

“Setelah disemak rupanya ia hanya syarat tambahan dan orang Melayu, India dan Cina boleh memohon kerja di tempat berkenaan, jika tahu bahasa Mandarin sebagai satu kelebihan…bukan wajib,” katanya ketika mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa projek berkenaan gagal memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Literasi Statistik Bersama Komuniti ‘MyCencus 2020’ Teras Masa Depan Negara anjuran Jabatan Perangkaan Negara, di sini hari ini.

Adnan, bagaimanapun, berkata kerajaan negeri akan menyiasat dakwaaan laporan berkenaan dan akan memanggil pihak yang berkenaan untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang perkara tersebut semasa mesyuarat mingguan Exco negeri minggu depan. – BERNAMA

Tags: Adnan Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

07/06/2018
0

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk perkukuh kedudukan parti...

Menteri Besar Pahang Diketahui Esok

11/05/2018
0

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi Menteri Besar Pahang bagi penggal kelima hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd