Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Siapa Mahathir Di Mata...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan Perdana...

Fizo Omar Pilih Fazeera...

PELAKON, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25,...

Video: Kejamnya…. Ibu Seret...

MEDIA sosial Indonesia sejak minggu lalu dikejutkan dengan satu rakaman tular menunjukkan seorang...

Comel Pipi Merah, Hadiah...

DIJANGKA bakal menerima kehadiran orang baharu pada Mac depan, penyanyi terkenal, Datuk Seri...

Operasi SAR Cari 6 Pemancing Diperluas – APMM

YAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari enam pemancing serta seorang tekong bot pancing yang hilang di perairan barat laut Pulau Bunting, Yan, semalam, diperluaskan.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Maritim Hairil Izhar Nor Azmi berkata kawasan pencarian mangsa diperluaskan kepada 210 batu nautika persegi dari tempat bot dilaporkan hilang.

“Semalam kami mencari mangsa dalam kawasan seluas 48 batu nautika persegi tetapi hari ini ia diperluaskan kepada 210 batu nautika persegi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jeti Kuala Sala, hari ini.

Beliau berkata identiti enam mangsa telah diperoleh selepas anggota keluarga mangsa yang hilang datang ke pusat operasi manakala satu lagi identiti mangsa masih belum diketahui.

Mangsa yang hilang ialah tekong bot, Kharulanuar Arsad, 39, dan pemancing yang terlibat ialah Mohamad Ramli, 57, Mohd Salihin Ibrahim, 52, Mohamad Nazri Abdul Hamid, 47, Azmi Raif Mohd Noh dan Ah Onn.


Hairil Izhar berkata tujuh mangsa ini dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka hanyut dan operasi mencari telah diaktifkan pada 9.43 pagi, semalam selepas menerima laporan polis. – BERNAMA

Kategori