• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Noh Omar Cabar Kit Siang Desak Anak Letak Jawatan

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Noh Omar hari ini mencabar Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendesak anaknya, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang meletakkan jawatan susulan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah, Sabtu lalu.

Gesaan itu adalah susulan kenyataan yang dikeluarkan veteran DAP itu supaya menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu letak jawatan selepas tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, 14 September lalu yang mengorbankan 21 pelajar dan 2 orang guru.

“Kita tidak macam pembangkang politikkan isu. Dulu sekolah tahfiz terbakar, Kit Siang keluar kenyataan menteri perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) kena letak jawatan sebab rumah terbakar.

“Jangan nak cari salah orang…ini bukan isu politik, apa sahaja pembangkang dia cari peluang.

“Sekarang, saya nak Lim Kit Siang suruh anak dia letak jawatan pula,” katanya pada sidang media di luar Dewan Rakyat, hari ini, seperti yang dilaporkan di dalam portal Free Malaysia Today (FMT).

Sabtu lalu, 11 pekerja maut akibat tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Menulis dalam blognya pada 15 September lalu, Kit Siang menyalahkan Noh dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tersebut dan mencabar pengerusi Umno Selangor itu untuk meletakkan jawatan sebagai menteri atas kegagalan beliau untuk memastikan “kesejahteraan bandar”. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kemajuan projek Littoral Combat Ship (LCS) berada pada tahap memuaskan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd