• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Kehidupan Perlu Dipupuk Dari Bangku Sekolah

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai kehidupan yang baik bermula dari bangku sekolah bagi melahirkan masyarakat berakhlak mulia, berpekerti tinggi dan berilmu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, nilai kehidupan antara lain termasuk seperti menghargai masa, beradab, berilmu dan berdisiplin penting diterapkan kepada pelajar di alam persekolahan kerana ini merupakan masa dan umur yang sesuai untuk membentuk sahsiah mereka.

“Sekolah diibaratkan satu tapak semaian anak benih di mana kita perlu memastikan benih (pelajar) yang macam mana kita nak hasilkan dan ini dah menjadi tanggungjawab bukan sekadar guru malah ibu bapa dan masyarakat.

Marilah kita bersama membina sebuah masyarakat yang terbaik untuk diwarisi oleh generasi berikutnya agar negara dapat diterajui dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya di Majlis Anugerah Perdana Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar (SMSTJ) di sini, hari ini.

Beliau berkata untuk menghasilkan generasi yang berjaya, sudah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk mencurah khidmat bakti kepada anak bangsa dengan berkongsi ilmu serta pengalaman yang ada sambil dibantu tenaga pengajar atau guru.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Dr Roslan Md Taha, Pengetua SMSTJ, Aini Md Jadi dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSTJ, Datuk Abdul Samad Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata PIBG dan masyarakat perlu bersama dalam memastikan gejala tidak sihat dalam kalangan pelajar tidak berlaku seperti penyalahgunaan dadah dan juga kegiatan jenayah.

“Contoh yang kita boleh ambil ialah kanak-kanak berumur belasan tahun yang merancang kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur dan juga terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Saya berfikir dengan perspektif yang berbeza, adakah ini contoh generasi yang akan menerajui negara satu hari nanti…oleh itu peranan semua pihak amat penting dalam menghasilkan benih (pelajar) yang baik demi masa depan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd