• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neymar Perlu Belajar Pekakkan Telinga – Emery

oleh Ahmad Albab
26/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain, Unai Emery berkata Neymar harus pandai ‘memekakkan telinga’ terhadap setiap provokasi selepas pemain termahal dunia itu dikeluarkan padang ketika menentang Marseille, minggu lalu.

Pemain Brazil berusia 222 juta euro (RM1.1 bilion) itu menerima kad kuning kedua ketika terikat 2-2 dengan seteru utamanya itu di Velodrome kerana memberikan reaksi terhadap satu pelanggaran dengan Lucas Ocampos.

Neymar dilihat bangun dan seakan berang dengan Ocampos dan tindakan berlebih-lebihan oleh pemain Argentina itu menjadi punca kepada bekas pemain Barcelona, Neymar dilayangkan kad kuning kedua.

“Dia sedang melalui proses menyesuaikan diri dengan liga, pasukan, pengadil tetapi dia seorang yang bijak. Dia juga sedar yang dia perlu belajar daripada apa yang berlaku Ahad lalu,” kata Emeru menjelang pertembungan dengan Nice, esok.

Neymar secara automatik digantung untuk perlawanan di Parc des Princes nanti.

“Dia dikasari secara agresif oleh pasukan lawan dan adalah amat penting bagi pengadil untuk mengawal permainan di mana situasi seperti ini berlaku,” kata Emery.

“Saya bercakap dengannya mengenai perkara itu sebelum perlawanan dan kami bercakap jangan terbabit dengan apa juga provokasi. Namun di atas padang, di mana memerlukan daya tumpuan dan penuh agresif, pemain juga adalah manusia dan kami memerlukan setiap orang untuk mengekalkan keseimbangan untuk kami melakukan tugas dengan baik.”

Ini adalah kali kedua Neymar terlepas untuk beraksi sejak dia membuat kemunculan pertama di Paris, Ogos lalu. Kali pertama dia tidak bermain ialah ketika terikat dengan Montpellier, bulan lalu. – AFP/BH ONLINE

Tags: NeymarPSG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

25/06/2023
0

RIO DE JANEIRO: Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd