• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Terharu, Umur 4 Tahun Lancar Baca Al-Quran

oleh
08/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJUK mata yang memandang, sejuk lagi perut ibu yang mengandungkan anak kecil yang cerdik ini.

Kisah menarik ini dikongsi seorang guru tadika dikenali sebagai Wieyna Syazwina setelah memuat naik satu video anak muridnya bernama Muhammad Ahnaf yang lancar membaca Al-Quran.

“Muhammad Ahnaf seorang pelajar pintar. Pada usia empat tahun, dia sudah boleh membaca Al-Quran dengan fasih.

“Semoga membesar menjadi anak yang soleh, pandai dan berjaya di masa hadapan ya sayang,” tulis Wieyna di posting tersebut.

Wieyna bukan sahaja memuat naik video Ahnaf, dia juga sering memuat naik video beberapa pelajar lain yang lancar membaca buku pembelajaran sama seperti Ahnaf.

Mungkin Wieyna ini boleh dikategorikan sebagai pendidik bangsa yang berjaya mendidik anak kecil sehingga fasih membaca dengan lancar.

Ahnaf bukan sahaja pandai membaca Al-Quran, tapi kanak-kanak pintar ini juga lancar membaca buku pembelajaran di prasekolah yang terletak di Alor Setar, Kedah itu.

Apalah yang ibu bapa kanak-kanak ini ajar pada dia sampai boleh jadi bijak macam tu sekali.

Ibu bapa Ahnaf, Zakiroh Bukhari dan Mohamad Safarin telah berjaya mendidik anak mereka dengan ilmu akhirat ini.

Agak susah untuk kita lihat kanak-kanak yang berusia empat tahun dapat membaca buku dan Al-Quran dengan fasih. Banyak makan kismis ke dik?

Video itu telah dimuat naik oleh Wieyna sejak September yang lalu dan sehingga kini video tersebut masih mendapat perhatian netizen.

Ramai netizen tumpang gembira melihat keletah Ahnaf itu. Videonya sedang mengaji juga telah tular di Facebook dan ramai netizen telah memuji anak kecil ini.

Zakiroh dan Safarin juga telah mendapat pujian yang tak terhingga kerana mereka telah berjaya mendidik anak kecil itu.

Diharapkan anak kecil ini akan menjadi seorang anak yang soleh dan mendengar kata ibu bapanya serta menjadi contoh kepada yang lain. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Al-Qurankanak-kanakPendidikanTadika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd