• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek 73 Tahun Gigih Nak Dapat Lesen Memandu

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Walaupun berusia 73 tahun, Fatimah Hassan kelihatan bersungguh-sungguh melalui ujian pemanduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengajarnya Roslan Mansur, 60, turut tidak senang duduk sepanjang anak muridnya itu melalui ujian tersebut.

Namun apakan daya, Fatimah akhirnya diisytihar gagal dalam ujian litar meskipun berjaya ketika ujian jalan raya.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata beliau bertekad mahu mengulangi ujiannya minggu depan.

Beliau memberitahu Bernama, beliau begitu bertekad mahu mendapat lesen memandu bagi memudahkan bergerak ke sana ke mari.

“Keinginan untuk mengambil lesen memandu mula timbul apabila saya mempunyai masalah untuk bergerak ke klinik setiap bulan bagi pemeriksaan kesihatan’

“Ini memerlukan saya sentiasa menerima rawatan secara berkala kerana mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

‘’Anak-anak duduk jauh dan semua mereka bekerja menyebabkan mereka susah untuk membawa saya ke klinik atau masjid.

Jadi kalau saya mempunyai lesen sendiri, mudah untuk saya bergerak tanpa perlu bantuan sesiapa,” katanya yang sebelum ini pernah memiliki lesen memandu sejak 1977 tetapi tamat tempoh pada 2010.

Fatimah memberitahu beliau langsung tidak memandu sejak suaminya meninggal pada 2014.

Sementara itu Roslan berkata beliau terpaksa menukar teknik pengajarannya bagi membolehkan Fatimah memahaminya dengan lebih mudah.

“Saya perlu mengajar dan menegur kesilapannya dengan lembut seperti melayan emak sendiri kerana disebabkan faktor umurnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: lesen memandu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ujang Luah Rasa Kesal, Dakwa Dipergunakan

Next Post

Rujuk ISN Dalam Pengambilan Ubat, Vitamin

Related Posts

OKU Miliki Lesen Memandu Kelas D/DA Boleh Mohon Lesen PSV E-Hailing

OKU Miliki Lesen Memandu Kelas D/DA Boleh Mohon Lesen PSV E-Hailing

10/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Dasar semasa tidak menghalang orang kurang upaya (OKU) dari kategori pendengaran termasuk pertuturan yang memiliki kad OKU...

Batal Permit Jika Ramai Lulusan Memandu Terbabit Nahas

30/01/2022
0

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung atau membatalkan permit institusi memandu yang mengeluarkan ramai calon yang dikesan terbabit...

Next Post

Rujuk ISN Dalam Pengambilan Ubat, Vitamin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd