• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasihat Anak Muda Fahami, Hormati Institusi Beraja

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan kerisauan baginda melihat generasi muda kini yang terlalu cetek pemahaman, hilang minat dan kurang pengetahuan terhadap institusi beraja.

Bertitah pada Majlis Konvokesyen ke-14 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini, Tengku Abdullah menjelaskan perkara berkenaan secara langsung menyebabkan golongan itu kini memandang remeh terhadap peranan institusi beraja.

“Malah yang lebih menyedihkan ialah apabila ada yang tidak menghargai peranan institusi beraja ini dan merasakan bahawa ia tidak lagi relevan dalam era globalisasi.

“Tidak kurang juga wujudnya golongan yang berkepentingan peribadi sering kali menyalahgunakan platform media sosial, menyebarkan berita palsu serta tohmahan terhadap institusi beraja sehinggakan tiada lagi hormat, hilang sudah adat,” titah baginda.

Tengku Abdullah, yang juga Canselor UniKL, bertitah institusi beraja di negara ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

​​​​​​​​​​​​​“Bukan hanya sekadar menjadi lambang adat dan kesinambungan sejarah, yang lebih utama ialah mengekalkan identiti bangsa negara, memayungi rakyat sentiasa, agar kegemilangan dan kedaulatan negara kekal terpelihara,” titah baginda.

Baginda turut bertitah menyeru agar anak-anak muda melihat dan menilai semula setiap ayat dan perkataan dalam Perlembagaan negara dengan lebih mendalam untuk memahami dan merasai kepentingannya.

“Beta harap juga tidak ada pihak-pihak tertentu khususnya badan politik dengan sesukanya menukar Perlembagaan yang sedia ada yang telah lama kita dapat hayati dengan sedalamnya,” titah baginda.

Pemangku Raja Pahang itu juga bertitah meminta agar anak muda memahami salasilah kewujudan institusi beraja serta kepentingan institusi tersebut kepada negara ini. – BERNAMA

Tags: BeliaTengku Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd