• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyUMRAH Team Sedia Kongsi Pengalaman Di Tanah Suci

oleh AK-47
29/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEANDAINYA anda mahu memulakan langkah umrah dengan penuh ketenangan sedari hari pertama lagi, maka pakej MyUmrah yang diperkenalkan oleh sekumpulan lima syarikat pelancongan yang berpengalaman ini wajar menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Langkah ini penting bagi mengelakkan kejadian jemaah umrah tersadai di lapangan terbang gara-gara penerbangan mereka ke Tanah Suci tidak kunjung tiba yang berpunca dari pakej umrah disediakan oleh agensi pelancongan tidak diiktiraf dan tiada berpengalaman.

MyUMRAH Team merupakan gabungan lima buah syarikat pelancongan milik Bumiputera yang memiliki lesen berdaftar dengan Kementerian Pelancongan bagi menyediakan perkhidmatan pakej umrah, ziarah dan haji di Tanah Suci.

Setiap syarikat yang terlibat dalam gabungan ini mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam mengendalikan pakej umrah, haji dan pakej lawatan ke luar negara.

Pengerusi MyUMRAH Team, Rosli Talib berkata berdasarkan kelebihan itu serta pengalaman yang sangat bernilai yang dimilki selama puluhan tahun mengendalikan pakej umrah ditawarkan ini seharusnya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

“MyUMRAH sentiasa memastikan keselesaan serta pengalaman yang bernilai dinikmati oleh bakal jemaah dengan bantuan mutawif anak tempatan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Lima buah syarikat yang dimaksudkan itu ialah Hydramas Travel & Tours Sdn. Bhd. (KPK/LN3157) Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. (KPK/LN4194),Tasnim Travel & Tours Sdn. Bhd. (KPK/LN5815), Ambar Travel & Tours Sdn. Bhd. (KPK/LN5886) dan PDC Travel & Tours Sdn. Bhd. (KPK/LN8097).

Tambah Rosli, MyUMRAH dibangunkan dengan beberapa misi tertentu antaranya menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memberikan kepuasan kepada pelanggan semasa beribadah dan berziarah.

“Kami di MyUMRAH ingin berkhidmat sambil beramal,” jelasnya.

Tambah Rosli, pihaknya sentiasa memastikan pakej MyUMRAH adalah telus dan tiada kos tersembunyi melainkan telah dinyatakan atau dimaklumkan secara jelas.

“Kami juga sedia memberi kursus serta praktikal umrah kepada jemaah kami. Jemaah akan dibimbing oleh mutawif yang berilmu dan berpengalaman agar ibadah yang dilakukan sentiasa dengan ilmu yang betul dan bukan ikut-ikutan semata-mata.

“MyUMRAH juga menyediakan penginapan yang selesa dan dekat sekitar 380 meter dari Masjidilharam bersesuaian dengan kadar harga yang ditawarkan.

“Makanan yang disediakan juga bercita rasa Melayu dan berusaha menyediakan pengangkutan yang selesa dan selamat buat para jemaah, insya-Allah,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pakej MyUMRAH, sila hubungi talian tertera 019-2122587 (Naim), 013-2560140 (Khairiyah), 012-2160975 (Baha), 013-3088982 (Rosli) atau 019-2790121 (Kamarun).

Sumber: Mingguan Malaysia

Pengerusi MyUMRAH Team, Rosli Talib

Tags: MyUMRAH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd